Anjing pemburu porselin

baka anjing dari Perancis
(Dilencongkan dari Porcelaine)

Anjing pemburu porselin, anjing porselin, atau porcelaine[a] ialah satu baka anjing Perancis daripada jenis anjing pemburu bau. Ia dahulu juga dikenali sebagai anjing pemburu Franche-Comté[b] sempena rantau bersejarah Franche-Comté di Bourgogne, di Perancis timur.[1]

Anjing pemburu porselin
Nama lainAnjing pemburu Franche-Comté
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

 
Potret anjing pemburu porselin
 
Leher anjing pemburu porselin panjang.

Anjing pemburu porselin mendapat namanya sempena lapis bulu berkilatnya, yang dikatakan menyerupai patung kecil porselin. Bulunya putih, kadang-kadang dengan tompok jingga, kerap pada telinga. Kulitnya patut putih dengan bintik hitam yang terlihat di serata lapis bulu putih. Bulunya amat singkat dan sangat halus. Hidung anjing pemburu porselin adalah hitam dengan lubang hidung sangat lebar. Ia juga mempunyai mata hitam dan telinga panjang yang labuh ke bawah. Lehernya panjang dan ekornya bermula dengan tebal dan menipis ke titik di hujung.

Anjing pemburu porselin jantan berdiri setinggi 22–23 inci (56–58 cm). Betinanya pula setinggi 21–22 inci (53–56 cm). Anjing ini berukuran seberat 55–62 paun (25–28 kg).

Sejarah sunting

Anjing pemburu porselin disangkakan sebagai keturunan bagi harrier Inggeris, sesetengah anjing pemburu kecil Switzerland, dan anjing Montembœuf yang kini pupus. Terdapat catatan bagi baka ini di Perancis sejak tahun 1845 dan di Switzerland sejak tahun 1880. Baka ini sebenarnya lenyap selepas Revolusi Perancis (1789–1799) tetapi telah dibina semula. Para pembiak baka di United Kingdom sedang mencuba untuk mendapatkan pengiktirafan untuk anjing pemburu porselin sebagai baka teriktiraf. Setakat tahun 2009, 14 ekor anak anjing telah dibiakbakakan di United Kingdom.

Kesihatan sunting

Anjing pemburu porselin tidak mempunyai isu kesihatan yang khusus buat baka ini. Semestinya, ia mengalami isu anjing umum seperti mana-mana baka lain.

Penjagaan sunting

Bulunya, oleh sebab panjangnya, sangat mudah dijaga.

Tujuan perburuan sunting

Anjing pemburu porselin ialah anjing pemburu yang biasanya digunakan untuk memburu kelinci, rusa rose, dan, di utara, babi hutan. Anjing pemburu porselin berburu dalam kawanan. Sebagai anjing pemburu bau, ia mempunyai deria bau sangat baik yang digunakan untuk berburu. Anjing pemburu porselin ialah anjing pemburu ganasa yang telah dibiakbakakan untuk berburu secara berdikari tanpa banyak arahan daripada pemilik.[perlu rujukan] Anjing pemburu porselin juga dibiakbakakan dalam bilangan kecil di Itali dan digunakan untuk memburu babi hutan. Walau bagaimanapun, anjing pemburu asli Itali terus menjadi pilihan utama para pemburu tempatan.

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤورسلين; انجيڠ ڤورسلين; ڤورسلين, Sebutan bahasa Melayu: [pɔrsəlɛn]; Perancis: porcelaine
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو فرن‌ش کونتي, Perancis: briquet franc comtois

Rujukan sunting

  1. ^ [Dr.] Castets (6 Ogos 1914). Histoire: Deux mots sur le Porcelaine (Perancis). Revue L'éleveur. (1547). Aubervilliers, Perancis: Société Centrale Canine. Dicapai pada 13 Mac 2024.

Pautan luar sunting