Pornthip Rojanasunand

Dr Pornthip Rojanasunand (Bahasa Thai: พรทิพย์ โรจนสุนันท์; lahir 21 Disember 1954)[1] ialah seorang pakar patologi forensik Thailand. Penampilan beliau sering menarik perhatian kerana gaya rambut dan pakaiannya seperti artis Thailand.

Pornthip Rojanasunand
Kelahiran
Pornthip Sonsiwichai
(พรทิพย์ ศรศรีวิชัย)

(1954-12-21) 21 Disember 1954 (umur 69)
WarganegaraThai
PekerjaanAhli patologi forensik, pengarang, aktivis hak asasi manusia, personaliti media
PasanganWichai Rojanasunand
(วิชัย โรจนสุนันท์)
Anak-anakYarawi Rojanasunand
(ญารวี โรจนสุนันท์)

Inkues Teoh Beng Hock sunting

Kepakaran Dr. Pornthip Rojanasunand diperlukan untuk menentukan Teoh Beng Hock dibunuh atau bunuh diri selpas ditemui mati terbaring di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas soal-siasat dijalankan pada 16 Julai 2009. Pejabat SPRM di tingkat 14.[2] Kerajaan yang ingin dilihat telus telah menubuhkan inkues kematian Teoh.

Dr. Pornthip merumuskan bahawa Beng Hock bukan mati membunuh diri, sebaliknya ‘‘80 peratus yakin Beng Hock dibunuh’’. Berdasarkan kepada gambar-gambar, Dr. Pornthip menyimpulkan bahawa mangsa mungkin ‘‘dicekik’'. Malah Beng Hock menjadi ‘‘mangsa penderaan kerana ada kesan luka pada dubur akibat tusukan objek keras.” Tengkorak kepala Beng Hock tidak mirip mangsa yang jatuh tetapi lebih kerana dipukul dengan kuat.

Mayat Beng Hock digali semula dari Memorial Nirwana Semenyih dan bedah siasat kedua dilakukan. Beliau sendiri mahu menjalankan bedah siasat itu sendiri. Olhe itu,pada 22 November 2009, autopsi atau bedah siasat kedua dijalankan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md Noor. Autopsi itu disaksikan oleh Dr. Pornthip dan wakil bagi pihak SPRM iaitu pakar forensik, Prof. Dr. Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom serta Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Samberker.

Bocor laporan forensik sunting

Kes berpanjangan apabila pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff dan Raub Ghani membuat repot polis atas dakwaan Dr. Pornthip membocorkan rahsia keputusan bedah siasat itu kepada akhbar organ PKR, Suara Keadilan . Artikel 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh' diterbitkan edisi 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010. Tindakan Raub itu ditafsir sebagai menghina mahkamah iaitu "membawa ugutan jenayah" kepada doktor Thailand itu.[2]

Bagaimanapun Peguam Negara memutuskan Dr Pornthip tidak membuat kesalahan membocorkan rahsia . Malik Imtiaz Sawar selaku peguam kerajaan Selangor menyifatkan laporan polis oleh dua pegawai SPRM sebagai tidak mempunyai asas.[3] Dr Pornthip sendiri menafikan dia membocorkan rahsia. Pihak Suara Keadilan juga mendapatkan sumber maklumat bukan daripada Dr Pornthip sendiri. Dzulkarnain Taib selaku ketua editor Suara Keadilan turut diminta memberi keterangan kepada polis Shah Alam.

Bimbang beri keterangan sunting

Dr Pornthip menyatakan tidak akan hadir memberi keterangan pada 20 April 2010 kerana mendapat tekanan politik. Beliau "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan menghadiri inkues di Kuala Lumpur.[4]

Pada 12 April 2010 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menafikan kerajaan Malaysia menekan Dr Pornthip. Sekiranya beliau mendapat 'tekanan politik', hendaklah membuat laporan polis agar siasatan adil dapat dilakukan. Setiausaha Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo menyifatkan pengunduran daripada memberi keterangan di mahkamah sebagai sangat serius kerana membabitkan kes homisid.[5][6]

Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan Dr Pornthip risau mengenai keselamatannya. Mengulas kenyataan Dr Pornthip yang khuatir dengan keselamatannya apabila berada di negara ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan keselamatan kepada beliau. Beliau berkata kerajaan telah memberi jaminan untuk melindungi keselamatan setiap individu yang memasuki Malaysia tanpa mengira status kerakyatan masing-masing.[4][7]

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menjempur pakar patologi itu berharap Dr Pornthip akan hadir memberi keterangan. Alternatif lain ialah kenterangan melalui sidang video menggunakan Internet.[8] Pada 21 April 2020, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mendapatkan jaminan rasmi berhubung keselamatan Dr Pornthib.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ MrSwissland (2009-10-27), Crime Scene Bangkok (Pornthip Rojanasunand) Part 1/5, dicapai pada 2016-03-31
  2. ^ a b Bedah Siasat Ke-2: Beng Hock dibunuh atau bunuh diri? Utusan Online
  3. ^ Peguam: Pornthip mungkin tarik diri
  4. ^ a b Hisham, AG jamin Pornthip selamat malaysiakini
  5. ^ Nazri Nafi Wujud Tekanan Politik Ke Atas Dr Pornthip Bernama
  6. ^ Bukannya kali pertama, kata peguam malaysiakini
  7. ^ Hishammuddin mahu Dr Pornthip bukti dakwaan Berita Harian
  8. ^ MB S'gor: Biar Pornthip beri keterangan video malaysiakini
  9. ^ Kerajaan Selangor Mohon Jaminan Rasmi KDN Terhadap Keselamatan Dr Pornthip

Pautan luar sunting