Porselin gigi (juga dikenali sebagai seramik pergigian) ialah porselin yang digunakan oleh juruteknik pergigian untuk mencipta korona, jambatan, dan venir bioserasi yang seakan gigi benar.

Jambatan yang diperbuat daripada porselin gigi.

Untuk venir, restorasi intrakorona, dan restorasi litupan penuh pada gigi depan akar tunggal, doktor gigi boleh memilih daripada mana-mana satu sistem seluruh seramik, berdasarkan keperluan estetik. Banyak sistem dapat mencapai kejayaan melebihi 90%, berdasarkan ketahanan enam tahun. Bagaimanapun, untuk restorasi tiga-unit yang melibatkan gigi molar, sepersetujuan pakar menunjukkan bahawa sistem berdasarkan zirkonia perlu digunakan.[1]

Doktor gigi akan menentukan warna atau gabungan warna untuk pelbagai bahagian restorasi, sepadan dengan satu set botol serbuk porselin yang disimpan di dalam makmal. Sistem warna yang umum digunakan ialah panduan Vita (Vita Klasik dan Vita 3D Master).

Jenis restorasi sunting

Terdapat dua jenis restorasi porselin:

  1. porselin yang dilakurkan pada logam; dan
  2. porselin pada keseluruhannya.

Bagi porselin terlakur logam, warna hitam logam disembunyikan lebih dahulu dengan menggunakan lapisan legap yang berwarna putih lalu dibina lapisan-lapisan berturutan. Serbuk yang sepadan dengan warna asas dentin dicampur dengan air lalu dibakar. Lapisan tambahan kemudian dibina untuk menyerupai kelutcahayaan semula jadi enamel gigi.

Porselin dilekurkan pada logam separa berharga atau logam berharga seperti emas untuk mencapai kekuatan tambahan. Banyak sistem menggunakan teras aluminium oksida atau zirkonium oksida ataupun zirkonia sebagai ganti untuk logam yang digunakan untuk membuat restorasi porselin penuh.

Perkembangan terkini dalam teknologi CAD-CAM telah memerlukan porselain khas yang dibentuk menjadi blok sinter. Restorasi CAD/CAM yang dicipta dengan menggunakan teknologi CEREC kelihatan bertahan lebih lama.[2]

Porselin gigi umumnya dianggap sebagai lengai daripada segi biologi. Bagaimanapun, ketoksikan mungkin boleh muncul daripada sesetengah bahan tambahan, dengan tampalan semakin haus pada gigi yang bertentangan.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Della Bona A, Kelly JR (2008). "The clinical success of all-ceramic restorations". J Am Dent Assoc. 139 Suppl: 8S–13S. PMID 18768903. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2009-10-29. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Fasbinder DJ (2006). "Clinical performance of chairside CAD/CAM restorations". J Am Dent Assoc. 137 Suppl: 22S–31S. PMID 16950934. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Mackert JR (1992). "Side-effects of dental ceramics". Adv. Dent. Res. 6: 90–3. PMID 1337968. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)