Portal:Afrika Selatan

Portal Afrika Selatan

Bendera Afrika Selatan
Bendera Afrika Selatan
Jata negara Afrika Selatan
Jata negara Afrika Selatan
Peta Afrika Selatan dalam Afrika.

Afrika Selatan, secara rasminya Republik Afrika Selatan (Jawi: ريڤوبليك أفريک سلاتن, bahasa Inggeris: Republic of South Africa, ''RSA), ialah negara paling selatan di benua Afrika. Ia bersempadan dengan Namibia, Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Eswatini di timur laut. Manakala, keseluruhan negara Lesotho terletak di dalam pedalaman Afrika Selatan. Dengan penduduk lebih daripada 59 juta orang, negara ini berada di tangga ke-24 dari segi penduduk paling ramai di dunia. Afrika Selatan mempunyai tiga ibu kota: Pretoria (eksekutif), Bloemfontein (kehakiman) dan Cape Town (perundangan). Bandar terbesarnya ialah Johannesburg dan di sana juga terletak mahkamah yang paling tinggi iaitu Mahkamah Perlembagaan. Kira-kira 80% orang Afrika Selatan berketurunan kulit hitam dari Afrika, terbahagi kepada pelbagai kumpulan etnik yang berbahasa Afrika. Baki penduduknya pula terdiri daripada komuniti keturunan kulit putih dari Eropah, Asia dan berbilang kaum. Pada suatu masa dahulu, kerajaan negara ini dikecam kerana dasar aparteidnya tetapi sekarang ia sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di benua Afrika.

Afrika Selatan terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik yang merangkumi pelbagai budaya, bahasa dan agama. Sifat pluralistik masyarakatnya dapat dilihat dalam pengiktirafan perlembagaan terhadap 11 bahasa rasmi, dan bahasa Inggeris ialah bahasa kelima paling banyak dituturkan di negara ini. Menurut bancian 2011, dua bahasa rasmi yang paling banyak dituturkan ialah Zulu (22.7%) dan Xhosa (16.0%). Dua bahasa lain yang utama di sini berasal dari Eropah: Afrikaan (13.5%) dikembangkan dari Belanda dan berfungsi sebagai bahasa pertama Afrika Selatan untuk golongan berwarna dan putih; Bahasa Inggeris (9.6%) adalah kesan peninggalan penjajahan British, dan biasanya digunakan dalam kehidupan awam dan komersial. Negara ini ialah salah satu daripada negara di benua Afrika yang tidak pernah mengalami kudeta, dan pilihan raya biasa telah diadakan selama lebih satu abad. Namun, sebahagian besar orang Afrika Selatan kulit hitam tidak diberikan hak mengundi sehingga tahun 1994.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data