Portal:Anime dan manga

(Dilencongkan daripada Portal:Anime dan Manga)
Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ کڤورتل انيمي دان مانڬا
Commons-tan
Apakah itu "anime" dan "manga"?
Wikipe-tan

Anime (アニメ) (Mengenai audio inidengar ) ialah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" daripada perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah perkataan anime dilahirkan dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).

Manga (漫画) (Mengenai audio inidengar ) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Walaupun begitu, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakannya benar-benar sederhana.

Rencana pilihan
Detektif Conan
Detective Conan (名探偵コナン, Meitantei Konan, Bahasa Melayu: Detektif Conan) atau versi Inggeris Case Closed (Kes Ditutup) merupakan manga dan anime genre detektif karya mangaka Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shōnen Sunday bermula sejak 2 Februari 1994. Siri anime dihasilkan oleh TMS Entertainment / V1 Studio bersiaran di kaca televisyen pada hari Sabtu pada pukul 6 petang (UTC+9 / Waktu di Jepun) di saluran Yomiuri TV (Kawasan Kansai) dan Nippon TV (Kawasan Kantō). Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo merupakan detektif remaja terkenal di bahagian timur Jepun (Kawasan Kantō) terutamanya di sekitar Tokyo. Pada suatu hari, Shinichi pergi ke sebuah taman tema yang bernama taman tema "Tropical Land" bersama Ran Mouri. Dia terlibat dengan kes apabila penunggang mystery coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika dia hendak pulang, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun dalam kajian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Watak pilihan
Rantarou Inadera
Rantarou Inadera (猪名寺乱太郎) merupakan watak utama dalam siri ini. Dia merupakan anak kepada ninja yang miskin dan kebanyakan dan berazam dengan memasuki Sekolah Ninja, dia akan menjadi ninja yang elit. Walaupun telah berazam tekad, dia masih bersikap sambil lewa dengan lawaknya bersama rakannya Kirimaru dan Shinbei di dalam kelas meskipun dia antara watak yang paling bertanggungjawab antara mereka bertiga. Penglihatannya tidak bagus tetapi langkah kakinya amat laju. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa keselamatan.
Biografi pilihan

Akira Toriyama (鳥山 明 Toriyama Akira) dilahirkan pada 5 April 1955 di Kiyosu, Aichi, Wilayah Aichi) ialah mangaka Jepun. Dia muncul buat pertama kalinya pada 1978 dengan cerita Wonder Island, disiarkan di majalah Weekly Shonen Jump, dan menjadi terkenal dengan Dr. Slump, disirikan secara mingguan di Shonen Jump dari 1980 sehingga 1984. Pada 1984, dia bertanggungjawab dalam menghasilkan Dragon Ball yang disirikan dalam Weekly Shonen Jump. Di Jepun, ia menjadi jualan terbaik pecah-rekod dengan melebihi 120 juta salinan telah terjual. Selain kejayaan di Jepun, siri ini berjaya di seluruh dunia juga, termasuk Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

Tahukah anda
  • ... bahawa tokoh Robert Haydn dalam anime The Law of Ueki dimana namanya diambil dari nama seorang sasterawan Robert Hayden yang semasa kecilnya selalu didera?
  • ... bahawa manga Doraemon dicipta dan dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1969, mengandungi lebih daripada 1 300 cerita berbeza bagi setiap sirinya dan lebih daripada 1700 episod bagi animenya?
  • ... bahawa siri One Piece dicipta dan dihasilkan oleh Eiichiro Oda telah menerima anugerah Guinness World Records bagi "Salinan komik terbanyak"?
  • ... bahawa siri manga Naruto dicipta dan dihasilkan oleh Masashi Kishimoto telah tamat pada 10 November 2014 menghasilkan sebanyak 700 bab dan 72 buah jilid?
  • ... bahawa siri manga Detektif Conan dicipta dan dihasilkan oleh Gosho Aoyama pada pelan asalnya menamatkan siri ini pada 2007?
  • ... bahawa Son Goku watak dalam siri Dragon Ball merupakan watak idaman sebahagian otaku di seluruh dunia?
...Arkib
Gambar pilihan
Kredit:

Lokomotif Doraemon di Stesen Aomori. Lokomotif ini telah digunakan pada musim panas tahun 1998 hingga 2002.

Topik
Umum

Fandom anime dan manga • Konvensyen anime • Industri anime • Cosplay • Dōjinshi • Sejarah anime • Sejarah manga

Kumpulan demografi

Kanak-kanak • Josei • Seinen • Shōnen • Shōjo

Genre

Ecchi • Harem • Magical girl • Mecha • Yaoi • Yuri • Hentai

Lists
Syarikat anime • Konvensyen anime • Permainan video anime & manga • Jualan manga terlaris • Anime dan manga paling lama aktif • majalah manga
Senarai
Senarai

0-9

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O


P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z


Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
Kategori
Anime Manga
Memberi sumbangan
Projek Wikimedia
Portal lain
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.

Filem Opera Seni
Sastera Jepun Muzik klasikal