Portal:Anime dan manga

Selamat Datang ke Portal Anime dan Manga
سلامت داتڠ کڤورتل انيمي دان مانڬا
Commons-tan
Apakah itu "anime" dan "manga"?
Wikipe-tan

Anime (アニメ) (Mengenai audio inidengar ) ialah animasi khas yang dihasilkan di Jepun. Perkataan Anime berasal daripada perkataan Inggeris animation. Pada tahun 1960-an, orang Jepun membaca perkataan animation sebagai a-ni-me-syun. Disebabkan kebiasaan tatabahasa Jepun untuk membuang "syun" daripada perkataan pinjaman tersebut, maka mereka mula memanggilnya Anime. Dari sinilah perkataan anime dilahirkan dan digunakan sehingga hari ini di Jepun dan seluruh dunia. Contohnya, perkataan Television menjadi Terebisyun dalam Bahasa Jepun dan dipendekkan ke Terebi sahaja. Perkataan "anime" tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga aksara Tulisan Katakana iaitu a, ni, me (アニメ).

Manga (漫画) (Mengenai audio inidengar ) merupakan perkataan komik dalam bahasa Jepun manakala di luar negara Jepun, perkataan tersebut digunakan khusus untuk merujuk komik Jepun. Perbezaan antara sebutan "manga' dan "komik" merupakan perbezaan berdasarkan tempat atau kelompok di mana manga lebih tertumpu kepada komik-komik Jepun (kadang-kala juga termasuk Asia) dan komik lebih kepada komik-komik buatan negara-negara Barat. Kebanyakan mangaka (penulis manga) di Jepun menggunakan gaya sederhana dalam menggambar manga. Walaupun begitu, hampir semua gambar latar belakang manga digambarkan secara realistik meskipun gambar perwatakannya benar-benar sederhana.

Rencana pilihan
Eromanga Sensei
Eromanga Sensei (エロマンガ先生) merupakan siri novel ringan direka oleh Tsukasa Fushimi dan ilustrasi oleh Hiro Kanzaki. Novel ringan diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Bunko pada 10 Disember 2013 dan kini mempunyai lapan buah jilid. Siri manga ilustrasi oleh Rin diterbitkan oleh ASCII Media Works dibawah Dengeki Daioh mulakan siri manga pada 24 Mei 2014. Siri televisyen anime dihasilkan oleh syarikat A-1 Pictures telah ditayangkan pada 8 April 2017 sehingga kini. Siri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Masamune Izumi seorang novelis ringan secara sambilan. Sangat berminat menulis sebuah novel tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk melukis, Masamune mendapatkan pertolongan rakan kongsi menggunakan nama pena "Eromanga Sensei" menjadi ilustrasi dalam novel beliau, yang terkenal dengan lukisan yang menjolokan mata. Selain mengimbangi keghairahan dan sekolah, Masamune juga seorang penjaga kepada adik tiri perempuan bernama Sagiri Izumi selepas ibu Sagiri dan bapa Masamune meninggal dunia. Masamune bergantung kepada novel ringan untuk kehidupan seharian di rumah. Sagiri seorang hikikomori daripada alam semula jadi, menutup dirinya dalam biliknya untuk lebih setahun dan Masamune sentiasa makanannya di biliknya walaupun percubaan beliau untuk membawa Sagiri untuk meninggalkan biliknya.
Watak pilihan
Shinichi Kudo
Shinichi Kudo (工藤 新一, Kudō Shin'ichi) merupakan watak utama dalam siri anime dan manga Detektif Conan. Nama versi Inggeris dikenali sebagai Jimmy Kudo. Selanjutnya dalam cerita Detektif Conan, tubuh Shinichi mengecil kerana terpaksa menelan sejenis kapsul dadah APTX 4869 dan menggunakan nama samarannya sebagai Conan Edogawa (江戸川 コナン, Edogawa Konan). Shinichi adalah anak tunggal pasangan Yusaku Kudo, seorang novelis misteri terkenal, dan Yukiko Kudo, bekas bintang filem yang terkenal. Dia dilahirkan pada 4 Mei, namun sering terlupa hari lahirnya pada setiap tahun. Dia adalah seorang yang genius, dan sejak usia muda dia sangat berkemahiran untuk menyelesaikan apa-apa masalah. Ayahnya sering mencipta teka-teki dan permainan untuk mengasah kemampuan berfikirnya.
Biografi pilihan
Kappei Yamaguchi
Mitsuo Yamaguchi (山口 光雄, Yamaguchi Mitsuo) dilahirkan pada 23 Mei 1965 lebih dikenali dengan nama pena beliau iaitu Kappei Yamaguchi (山口 勝平, Yamaguchi Kappei), ialah warga Jepun bekerja sebagai pelakon suara latar kebanyakan siri anime berasal dari Fukuoka, gabungan dengan Gokū dan Century Fox ke-21. Beliau terkenal berlakon suara watak anime terkenal seperti Ranma Saotome (Ranma ½), InuYasha (InuYasha), L (Death Note), Usopp (One Piece), dan Kaitou Kid juga Shinichi Kudo (Detektif Conan).
Tahukah anda
Cosplay watak Kirito
Cosplay watak Kirito
  • ... bahawa manga pertama dijumpai adalah dalam berbentuk skrol yang dibaca dari kanan ke kiri?


...Arkib
Gambar pilihan
Topi Hokage ke-3
Topi Hokage ke-3
Kredit:

Topi yang dipakai oleh Hokage dalam siri anime dan manga Naruto dan Boruto: Naruto Next Generations

Topik
Umum

Fandom anime dan manga • Konvensyen anime • Industri anime • Cosplay • Dōjinshi • Sejarah anime • Sejarah manga

Kumpulan demografi

Kanak-kanak • Josei • Seinen • Shōnen • Shōjo

Genre

Ecchi • Harem • Magical girl • Mecha • Yaoi • Yuri • Hentai

Lists
Syarikat anime • Konvensyen anime • Permainan video anime & manga • Jualan manga terlaris • Anime dan manga paling lama aktif • majalah manga
Senarai
Senarai

0-9

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O


P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z


Catatan: Judul komik dengan pautan berwarna merah mengindikasikan bahawa rencana tersebut komik bersangkutan belum dibuat.
Judul komik dengan tanda * sebenarnya merupakan komik Korea (manhwa).
Kategori
Anime Manga
Memberi sumbangan
Projek Wikimedia
Portal lain
Projek Wiki anime dan manga merupakan satu Projek Wiki bagi memperbaiki kualiti rencana atau artikel yang bertopik dan berkaitan dengan anime dan manga. Marilah kita bergabung jika anda ingin berkhidmat dalam rencana mengenai anime ataupun manga. Sebarang perbincangan dan pandangan boleh dikemukan di laman ini.

Filem Opera Seni
Sastera Jepun Muzik klasikal