Oberon atau juga disebut sebagai Oberon atau juga disebut sebagai Uranus IV ialah bulan utama terjauh bagi planet Uranus. Ia merupakan bulan kedua terbesar Uranus dan yang kesepuluh terbesar dalam Sistem Suria. Oberon ditemui oleh William Herschel pada tahun 1787 dan namanya berasal daripada nama raja pari-pari mitos dalam Mimpi Suatu Malam Pertengahan Musim Panas karya William Shakespeare. Sebahagian orbit Oberon berada di luar magnetosfera Uranus.
Oberon mungkin terbentuk daripada cakera akresi yang mengelilingi Uranus setelah pembentukan planet. Bulan ini terdiri daripada ais dan batu-batuan, dan ia mungkin dibezakan melalui teras yang berbatu dan mantel yang berais. Lapisan air mungkin wujud di antara mantel dan teras. Permukaan Oberon yang berwarna gelap dan sedikit merah, kelihatannya terbentuk melalui hentaman asteroid dan komet. Ia dilitupi dengan pelbagai jenis kawah hentaman dengan diameter mencecah sehingga 210 km. Di Oberon juga terdapat rangkaian chasma (graben atau tubir sesar) yang terbentuk ketika sambungan kerak sebagai akibat perluasan bahagian dalam semasa evolusi awal.
- 08 Februari 1974 – Selepas 84 hari berada di angkasa lepas, kakitangan Skylab 4, kru terakhir yang melawat stesen angkasa Amerika Skylab kembali ke Bumi.
- 12 Februari 2001 – Kuar NASA NEAR Shoemaker mendarat di Eros, menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di asteroid.
- 18 Februari 1930 – Ahli falak Amerika Clyde Tombaugh menemui planet Pluto dengan menggunakan pembanding kerlip pada gambar yang diambilnya pada bulan sebelumnya di Balai Cerap Lowell.
- 20 Februari 1962 – Projek Mercury: Semasa menaiki kapal angkasa Friendship 7, John Glenn menjadi orang Amerika pertama untuk mengorbit Bumi, membuat tiga orbit dalam masa 4 jam 55 minit.
- 28 Februari 1997 – GRB 970228, satu sinar gama kilat yang sangat bercahaya, melanda Bumi untuk 80 saat, memberikan bukti awal bahawa letusan sinar gama berlaku jauh di luar Bima Sakti.
|
Planet Zuhal seperti yang diambil oleh pengorbit Cassini pada Oktober 2004.
Perkara yang boleh dilakukan
|
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan:
|