Portal:Azerbaijan/Rencana pilihan

Republik Demokratik Azerbaijan (bahasa Azerbaijan: Azərbaycan Xalq Cümhuriyyəti) adalah republik demokratik dan sekular di dunia Muslim. Republik ini ditubuhkan pada tanggal 28 Mei 1918, setelah jatuhnya empayar Rusia yang bermula dengan Revolusi Rusia tahun 1917. Kemerdekaannya dinyatakan oleh Dewan Nasional Azerbaijan di Tbilisi. Republik ini bersempadan dengan Rusia di utara, Republik Demokratik Georgia di barat-laut, Republik Demokratik Armenia di barat, dan Empayar Parsi di selatan. Luas negara ini secara kasar sekitar 120,000 km ², dengan populasi 6 juta jiwa. Ganja merupakan ibu negara sementara republik ini kerana Baku dikuasai oleh kaum Bolshevik.

(Lebih mengenai...)