PORTAL BIOGRAFI
Biografi (dari perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") merupakan genre penulisan atau bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Berbeza dengan profil atau vitae kurikulum, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi.
Abdul Rahim Kajai (lahir Abdul Rahim Haji Salim; 1894 - 5 Disember 1943), merupakan seorang wartawan, penulis novel dan penyunting Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai pengatur huruf dan penulis untuk beberapa akhbar Melayu tempatan. Beliau kemudiannya menjadi koresponden untuk akhbar mingguan Sinar Zaman yang berpangkalan di Pulau Pinang. Pada tahun-tahun kemudiannya, beliau terlibat dalam Warta Malaya dan Utusan Melayu, akhbar Melayu paling berprestij masing-masing pada tahun 1930-an dan 1940-an, dan menulis beberapa risalah politik dan agama mengenai hak Melayu di Tanah Melayu. Antara 1936 dan 1941, beliau menulis 48 cerita pendek, yang kemudiannya disusun dalam beberapa buku yang diterbitkan antara 1949 dan 1961. Untuk hasil karya perintisnya, beliau dipandang tinggi dalam Malaya sebagai antara penyumbang paling terkenal kepada sastera Malaya. Beliau diberi gelaran kehormat "Bapa Kewartawanan dan Cerpen Melayu" oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).(baca lagi)
- Lihat 28 Mac untuk melihat maklumat lanjut berkaitan hari ulang tahun pilihan pada hari ini.
Perkara Yang Anda Boleh Bantu
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan biografi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.
— Didie 07:14, 23 Ogos 2007 (UTC) — MSWiki 07:58, 23 Ogos 2007 (UTC)
— Shazlan (bincang) 06:49, 13 November 2011 (UTC)
— Rachun Dunia (bincang) 12:42, 14 Jun 2017 (UTC)
— Keluang hitam (bincang) 01:34, 15 Jun 2017 (UTC)
— Hasrol Hashim (bincang) 11:27, 14 Nov 2017 (UTC)
— Fandi89 (bincang) 03:24, 14 November 2017 (UTC)
— CyberTroopers (bincang) 16:01, 20 Disember 2018 (UTC)
— Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 00:52, 28 Disember 2021 (UTC)
_
Penyumbang
Penyumbang
Purge server cache
|