Portal:Harry Potter/Tahukah anda

Tahukah anda...

  • bahawa J. K. Rowling, pengarang buku ini telah dilahirkan pada 31 Julai, tarikh yang sama Harry Potter dilahirkan dalam buku? (Catatan: JKR dilahirkan pada 1965, manakala Harry dilahirkan pada 1980)
  • bahawa akan muncul watak bernama Mopsy iaitu watak yang menyukai anjing dalam buku ke-4 tetapi tidak pernah muncul?
  • bahawa terdapat sekolah sihir lain selain Hogwarts seperti Akademi Kuasa Ajaib Beauxbatons, Institut Pengajian Sihir Durmstrang dan Institut Ahli Sihir Salem.
  • bahawa nama pertama Ginny ialah Ginevra, bukan Virginia?
  • bahawa Dean Thomas tinggal bersama ibu dan bapa tirinya?
  • bahawa dalam cetakan pertama versi Amerika bagi Harry Potter and the Goblet of Fire, turutan mangsa Voldemort yang muncul dari tongkat sakti adalah salah? Bapa Harry yang keluar dahulu sebelum ibunya, sedangkan dia sepatutnya muncul kemudian.
  • bahawa nama keluarga Hermione Granger asalnya dicadangkan dengan nama Puckle, dan Draco Malfoy pula ialah Spungen?
  • bahawa masyarakat sihir mempunyai kementerian mereka dan Menteri Sihir tetap menteri yang berkhidmat di bawah Perdana Menteri?
  • bahawa moto sekolah Hogwarts, Draco Dormiens Nunquam Titillandus, adalah Latin bagi " Jangan Mengganggu Naga yang Tidur?"
  • bahawa bab pertama dalam buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan hampir pernah diletakkan dalam buku pertama, ketiga dan kelima sebelum diletakkan ditempat yang sesuai dalam buku keenam?
  • bahawa bekas pengetua Hogwarts masih berkhidmat untuk pengetua sekolah terkini walaupun telah mati melalui poster yang tergantung di pejabat pengetua?
  • bahawa Arabella Figg dan Argus Filch mempunyai awalan nama AF, kedua-duanya meminati kucing, dan kedua-duanya Squib (anak dari pasangan ahli sihir yang tidak mempunyai kuasa sihir)?
  • bahawa Gilderoy Lockhart adalah satu-satunya watak yang diasaskan oleh manusia sebenar?
  • bahawa hari lahir Hermione adalah 19 September dan Ron adalah 1 Mac?
  • bahawa Daisy Dodderidge (1467-1555) merupakan pemilik pertama wanita Leaky Cauldron?
  • bahawa Aberforth Dumbledore, abang Albus, pernah menjadi tajuk berita kerana menggunakan mantera haram pada kambing?
  • bahawa Lily dan adiknya, Petunia, dinamakan sempena nama bunga. Lily daripada bunga lili yang melambangkan kesucian dan kejernihan manakala bunga petunia melambangkan amarah dan dendam?
  • bahawa Lord Voldemort merupakan bekas Ketua Pelajar dan pelajar terbaik di Hogwarts ketika zamannya?


Arkib...