Portal:Kesatuan Eropah

Selamat Datang ke Portal Kesatuan Eropah
سلامت داتڠ کڤورتل كساتوان ايروڤه
Bendera Eropah
Negara-negara anggota Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah (EU) adalah suatu kesatuan siasah dan ekonomi supranasional yang terdiri daripada 27 negara anggota yang terletak terutamanya di benua Eropah. Kesatuan ini mempunyai jumlah keluasan 4,233,255.3 kilometer persegi (1,634,469.0 bt2) dan anggaran jumlah penduduk seramai 447 juta orang. Mengandungi 5.8 peratus daripada populasi dunia pada tahun 2020, EU menjana keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal sekitar AS$ 17.1 trilion pada 2021, membentuk kira-kira 18 peratus daripada KDNK nominal sejagat. Tambahan lagi, negara-negara Kesatuan Eropah mempunyai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang sangat tinggi menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. EU sering kali digambarkan sebagai sebuah entiti politik sui generis (tanpa duluan atau perbandingan), yang menggabungkan ciri-ciri persekutuan dan gabungan.

Asasnya, Kesatuan Kastam membuka jalan untuk mewujudkan suautu pasaran tunggal dalaman berdasarkan kerangka undang-undang piawai dan perundangan yang terpakai di semua negara anggota dalam perkara tersebut, dan hanya perkara tersebut, di mana negara-negara telah bersetuju untuk bertindak sebagai satu unit. Dasar-dasar Kesatuan Eropah bertujuan untuk memastikan pergerakan bebas orang, barangan, perkhidmatan dan modal dalam pasaran dalaman; menggubal undang-undang dengan keadilan dan ehwal dalam negeri; serta mengekalkan dasar bersama mengenai perdagangan, pertanian, perikanan dan pembangunan wilayah. Kawalan pasport yang telah dimansuhkan untuk perjalanan di dalam Kawasan Schengen. Zon euro merupakan sebuah kumpulan yang terdiri daripada 19 negara anggota EU yang telah melaksanakan kesatuan ekonomi dan monetari sepenuhnya serta menggunakan mata wang sepunya euro. Melalui Dasar Luar dan Keselamatan Bersama, Kesatuan telah membangunkan peranan luar dan pertahanan. Ia mengekalkan misi-misi diplomatik tetap di seluruh dunia dan mewakilkan diri mereka di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), G7 dan G20. Oleh kerana pengaruh globalnya, Kesatuan Eropah telah disifatkan oleh beberapa sarjana sebagai kuasa besar yang sedang bangkit. (Rencana penuh...)
Institusi

Institusi Kesatuan Eropah terdiri daripada tujuh badan pembuat dasar utama seperti yang disenaraikan dalam Perkara 13 Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah. Institusi kini menjadi badan siasah, iktisad dan kewangan yang bekerjasama rapat dengan kerajaan atau pemerintah dan badan-badan pentadbiran negara-negara anggotanya. Antara institusi tersebut ialah:

Parlimen Eropah
Logo Parlimen Eropah
Logo Parlimen Eropah
  • bertindak secara bersama dengan Majlis Kesatuan Eropah sebagai sebuah badan perundangan
  • berkongsi kuasa dengan Majlis Kesatuan Eropah dalam ehwal belanjawan
  • memberikan kawalan demokratik terhadap institusi-institusi termasuklah Suruhanjaya Eropah dan mempersetujui para anggota Suruhanjaya
  • berpangkalan di Luxembourg; bertemu di Brussels, Belgium dan Strasbourg, Perancis

Institusi lain:
Bank Pusat EropahDewan EropahMahkamah Juruaudit EropahMahkamah Keadilan Kesatuan EropahMajlis Kesatuan EropahSuruhanjaya Eropah
Negara anggota

AustriaBelandaBelgiumBulgariaCroatiaCyprusCzechiaDenmarkEstoniaFinlandHungaryIrelandItaliJermanLithuaniaLatviaLuxembourgMaltaPerancisPolandPortugalRomaniaSlovakiaSloveniaSepanyolSwedenYunani