Portal:Maghribi

Portal Maghribi
بوابة المغرب

Bendera Maghribi
Lambang Kerajaan Maghribi
Peta Maghribi dalam Afrika.

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Arab: المملكة المغربية, rumi: Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean.

Maghribi memiliki populasi lebih dari 35 juta orang, dengan keluasan 446,550 km2. Ibu kotanya ialah Rabat dan kota terbesarnya adalah Casablanca. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Namun begitu, kawasan dan sempadan selatannya mengalami pertikaian wilayah; Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi ialah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, dan merupakan sebuah negara Islam secara rasmi. Maghribi ialah ahli sebilangan persatuan sedunia, termasuk Liga Arab, Kesatuan Afrika, Kesatuan Arab Maghrib, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.