Portal:Politik/Gambar pilihan

Laman ini memaparkan semua gambar pilihan yang ditampilkan di Portal Politik. Sila tekan di sini untuk melihat senarai gambar pilihan.

Anda juga boleh menambah gambar-gambar yang telah dipilih sebagai Gambar pilihan, Imej bermutu dan Imej bernilai di Wikimedia Commons untuk ditampilkan pada portal.

Parameter sunting

Templat {{Portal/Gambar pilihan}} digunakan untuk memaparkan gambar pilihan, dan berikut merupakan parameternya.

{{subst:Portal/Gambar pilihan
| imej       = 
| saiz       = 
| subjek     = 
| teks       = 
| pautan     = 
| pautan2    = 
| kredit     = 
}}

Senarai gambar pilihan sunting

Gambar 1
 

Pemandangan malam Istana Westminster seperti yang dilihat dari tebing selatan sungai Thames. Merupakan tempat perjumpaan bagi dua dewan Parlimen United Kingdom iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan, istana ini terletak di bandar raya Westminster, London.

(Kredit gambar: Diliff)

Gambar 2
 

Lukisan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dihasilkan oleh John Trumbull memaparkan lima orang anggota jawatankuasa cadangan sedang membentangkan kerja mereka kepada Kongres Amerika Syarikat. Lukisan ini diabadikan di belakang wang kertas AS$2, dan lukisan asalnya digantung di rotunda Kapitol Amerika Syarikat.

(Lukisan oleh John Trumbull)

Gambar 3
 

Kapitol Amerika Syarikat (United States Capitol) merupakan tempat perjumpaan bagi Kongres Amerika Syarikat dan kerusi bagi cabang perundangan pemerintah Amerika Syarikat. Antara ciri unik bangunan yang terletak di Washington, D.C. ini ialah patung gangsa di atas kubah bangunan yang dinamakan sebagai Patung Kebebasan.

(Kredit gambar: O.J.)

Gambar 4
 

Dewan Besar Rakyat (人民大会堂 Rénmín Dàhuìtáng) merupakan bangunan persidangan bagi Kongres Rakyat Kebangsaan iaitu badan perundangan untuk Republik Rakyat China. Bangunan ini terletak di pinggir barat Dataran Tiananmen di Beijing.

(Kredit gambar: Thomas.fanghaenel)

Gambar 5
 

Bangunan Parlimen British Columbia merupakan bangunan persidangan bagi badan perundangan ekadewan Dewan Undangan British Columbia dan ia terletak di Victoria, Kanada. Dibuka secara rasmi pada 1898, bangunan ini mempunyai fakad sepanjang 500 kaki (150 m), kubah tengah, dua buah astana dan patung Kapten George Vancouver yang dilitupi dengan emas.

(Kredit gambar: Ryan Bushby)

Gambar 6
 

Pengesahan Perjanjian Damai Münster pada 1648, seperti yang dilukis oleh Gerard ter Borch pada tahun yang sama. Selepas tujuh tahun rundingan, perjanjian ini telah dipersetujui di mana Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Belanda Bersatu. Perjanjian ini menyumbang kepada Perjanjian Damai Westfalia, yang mengakhiri Perang Tiga Puluh Tahun dan Lapan Puluh Tahun.

(Lukisan oleh Gerard ter Borch)