Portal Sabah

Bendera Sabah
Bendera Sabah
Peta bumi Sabah.
Jata Sabah
Jata Sabah
Bendera Kerajaan sendiri Sabah
Bendera Kerajaan sendiri Sabah
Jata Kerajaan bersendiri Sabah
Jata Kerajaan bersendiri Sabah
Kerajaan Sabah Jajahan British

Sabah (Sebutan bahasa Melayu: [saˈbah]) ialah salah satu wilayah dalam Malaysia yang terletak di bahagian utara pulau Borneo. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan wilayah tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Sabah ialah negeri kedua terbesar di Persekutuan Malaysia. Luas dataran kawasan di Sabah dijangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan wilayah Sarawak, dan terpisah dari wilayah persekutuan Labuan di Malaysia. Selain itu, Sabah juga mempunyai sempadan antarabangsa darat di bahagian selatan wilayah beserta Laut Sulawesi dengan Indonesia, dan sempadan air di utara Laut Sulu dengan Filipina serta di barat Laut China Selatan dengan Brunei dan Vietnam dengan anggaran garis pantainya sepanjang 1,290–1,450 km. Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo selaku pulau ketiga terbesar dunia. Sabah beriklim hutan hujan Khathulistiwa dan mempunyai gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu, dengan ketinggian 4,101 meter, dan menjadi sebahagian banjaran Crocker. Rangkaian banjaran (julat) di Sabah— Crocker, Trusmadi dan Witti adalah bergerigi di pedalaman dan merangkumi banyak puncak hingga mencapai ketinggian antara 1,200 ke 1,800 meter. Di antara Banjaran Crocker dan laut di pantai barat ialah dataran pantai yang luas dan berpenduduk ramai; dataran lain seperti di Tenom, Tambunan dan Keningau, terletak di pedalaman di antara jisim gunung, manakala dataran rendah timur sebahagiannya dibedah penembusan.

Sabah pernah dikenali sebagai Borneo Utara (The North Borneo) semasa zaman penjajahan British sehingga 1963 atau SBUB. Mempunyai sejarah silam tersendiri, malah terhubung kait juga dengan sejarah Brunei-Filipina. Wilayah ini pernah dimiliki sebagai sebahagian Kesultanan Srivijaya, Majapahit, Brunei, Sulu sebelum pemerintahan kolonial British (SBUB dan Pemerintahan Koloni Inggeris) dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua. Sekarang, di masukkan dalam Negara Persekutuan Malaysia.

Wilayah Sabah bersistemkan demokrasi berpelembagaan sejak masa bekerajaan sendiri pada tahun 1963. Dengan badan perundangan negeri tersendiri, ketua negeri ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah (dahulunya Gabenor Sabah), Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan di Sabah, dan dibantu oleh Jemaah Menterinya. Sabah juga merupakan salah satu dari empat negeri di Malaysia yang tidak mempunyai sultan atau raja di peringkat negeri. Berpandukan kepada sistem Westminister yang diwariskan pemerintahan British, dan juga salah satu negeri terawal yang mengguna pakai sistem ini. Sabah mempunyai 5 kawasan (bahagian) pentadbiran dan 27 daerah. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan Islam merupakan agama yang terbesar, namun agama lain di Sabah adalah bebas untuk dianuti.

Penduduk Sabah atau suka menggelarkan sebagai Sabahan, dan terdiri daripada 33 kumpulan peribumi (bumiputera Sabah) yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Terdapat satu dialek Melayu yang digunakan iaitu Bahasa Melayu Sabah. Kumpulan etnik terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun yang merangkumi hampir 30% penduduk di Sabah. Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ialah perayaan yang disambut oleh warga Kadazan-Dusun dengan tujuan untuk mengekalkan tradisi "roh beras" serta menzahirkan rasa syukur mereka kerana hasil tuaian yang lumayan. Etnik utama lain di Sabah ialah Bajau Sama, atau juga dikenali sebagai “Koboi Timur”, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, ialah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah, masing-masing. Suku-suku lain Sabah termasuk Bajau, Iranun, Melayu Brunei, Banjar, Bugis, Kedayan, Lotud, Lundayeh, Rungus, Sepanyol, Minokok, Bonggi, dan Ida'an. Selain itu, bangsa Cina atau campuran Cina-Dusun juga menjadi kumpulan utama peribumi di Sabah.


Panorama pilihan

Gambar pilihan

Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia

Sejarah

Tahukah anda...

  • "... bahawa Sabah pernah berkerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963 bersamaan tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu?"
  • "... bahawa gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara terletak di Sabah?"
  • "... bahawa banyak parti-parti politik yang ada di Sabah?"
  • "... bahawa setiap hujung bulan Mei adalah perayaan Pesta Kaamatan yang juga merupakan cuti umum di Sabah?"
  • "... bahawa orang Sabah suka berkaroeke?"

Kategori

Topik

Portal berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Purge server cache