Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah
sejarah berasal daripada
Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris
history yang berasal daripada bahasa Greek
historia (
ἱστορία), "satu cerita tentang seseorang," dan berkongsi
etimologi dengan kata
Inggeris story.
1911 Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang
statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."