Portal Tanzania

Bendera Tanzania
Bendera Tanzania
Jata negara Tanzania
Jata negara Tanzania
Peta Tanzania dalam Afrika.

Tanzania, secara rasminya Republik Bersatu Tanzania (Swahili: Jamhuri ya Muungano wa Tanzania, bahasa Inggeris: United Republic of Tanzania), merupakan sebuah negara terletak dalam kawasan Tasik-Tasik Besar di timur benua Afrika. Negara ini menghadap Lautan Hindi disempadani Uganda di belah utaranya; Kenya di belah timur lautnya; Mozambique dan Malawi di belah selatannya; Zambia di belah barat dayanya; serta Rwanda, Burundi, dan Republik Demokratik Congo di belah baratnya. Gunung Kilimanjaro iaitu gunung terbesar di Afrika terletak di timur laut negara ini.

Tanganyika dan Zanzibar mencapai kemerdekaan daripada British pada masa yang berlainan, dan bergabung menjadi Tanzania pada tahun 1964. Ibu negara dan pusat pemerintahan negara Tanzania secara rasminya ialah Dodoma sejak dipindahkan tahun 1996, tetapi Dar es Salaam masih merupakan bandar terbesar serta pusat komersial utama dan pelabuhan di negara ini. Bahasa kebangsaan bagi negara Tanzania ialah Bahasa Swahili.

Tanzania adalah destinasi pelancongan yang popular. Ramai pelancong melawat negara ini untuk melihat hidupan liar di safari dan mendaki Gunung Kilimanjaro.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal yang berkaitan