Portal:Tapak Warisan Dunia

Portal Tapak Warisan Dunia
Logo Tapak Warisan Dunia
Tapak Warisan Dunia (TWD) merupakan tanda tempat atau kawasan dengan perlindungan sah oleh konvensyen antarabangsa yang ditadbir oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Tapak warisan ini ditetapkan oleh UNESCO kerana memiliki kepentingan dari segi budaya, sejarah, saintifik atau bentuk yang lain. TWD dinilai mengandungi "warisan budaya dan semula jadi merata dunia yang dianggap bernilai tinggi bagi umat manusia". Untuk dipilih dalam TWD, suatu tanda tempat atau kawasan hendaklah mempunyai ciri unik yang dapat dikenal pasti secara geografi dan sejarah dan mempunyai kepentingan budaya dan fizikal yang istimewa. Contohnya, Tapak Warisan Dunia mungkin merupakan runtuhan purba atau struktur bersejarah, bangunan, bandar/kota, gurun, hutan, pulau, tasik, monumen, gunung atau kawasan belantara.

Setakat Julai 2021, terdapat sejumlah 1,154 Tapak Warisan Dunia merentasi 167 buah negara. Dengan 58 kawasan terpilih, Itali merupakan negara dengan tapak terbanyak yang tersenarai dalam TWD.

1,154 jumlah tapak 43 rentas sempadan 897 budaya 218 semula jadi 39 bercampur
Gambar pilihan
Kuil Kukulcán (El Castillo) adalah sebuah piramid Mesoamerika yang berada di dalam kawasan tapak arkeologi Chichen Itza, bandar peradaban Maya pada era pra-Columbia. Kuil dan tapak tersebut terletak di negeri Yucatán, Mexico.

Kuil Kukulcán (El Castillo) adalah sebuah piramid Mesoamerika yang berada di dalam kawasan tapak arkeologi Chichen Itza, bandar peradaban Maya pada era pra-Columbia. Kuil dan tapak tersebut terletak di negeri Yucatán, Mexico.

Kongsikan: Kongsikan melalui Facebook Kongsikan melalui Twitter Kongsikan di reddit.com WhatsApp Telegram LinkedIn LINE
Senarai mengikut negara

Malaysia mempunyai empat tapak yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia iaitu:


Tapak Warisan Dunia is located in MalaysiaRalat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Kriteria pemilihan

Kriteria pemilihan untuk dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia adalah seperti berikut:

  1. untuk mewakili sebuah mahakarya genius kreatif manusia;
  2. untuk memperlihat pertukaran nilai-nilai manusia, dalam jangka masa atau dalam kawasan kebudayaan dunia bagi perkembangan seni bina atau teknologi, seni agung, perancangan bandar atau reka bentuk landskap;
  3. untuk memberi kesaksian yang unik atau sekurang-kurangnya luar biasa terhadap tradisi budaya atau peradaban yang hidup atau yang telah hilang;
  4. untuk menjadi contoh luar biasa bagi jenis bangunan, kesatuan atau landskap seni bina atau teknologi yang menggambarkan tahap-tahap penting dalam sejarah manusia;
  5. untuk menjadi contoh luar biasa bagi penempatan manusia tradisional, penggunaan tanah, penggunaan laut yang mewakili budaya, atau saling hubung manusia dengan alam sekitar terutamanya apabila ia menjadi terancam di bawah impak perubahan yang tidak dapat dibalikkan;
  6. untuk dihubungkan secara terus atau ketara dengan peristiwa-peristiwa atau tradisi-tradisi hidup, dengan idea, atau dengan kepercayaan, dengan karya seni dan sastera yang mempunyai kepentingan sejagat yang luar biasa;
  7. untuk mengandungi fenomena semula jadi yang luar biasa atau kawasan dengan keindahan semula jadi atau kepentingan estetik yang luar biasa;
  8. untuk menjadi contoh luar biasa yang mewakili peringkat-peringkat utama sejarah bumi, termasuklah rekod kehidupan, proses-proses geologi ketara yang masih berlaku dalam perkembangan bentuk bumi, atau ciri geomorf atau fisiografi yang ketara;
  9. untuk menjadi contoh yang mewakili proses-proses ekologi dan biologi ketara yang masih berlaku dalam evolusi dan perkembangan daratan, air tawar, ekosistem pantai dan marin serta komuniti tumbuhan dan binatang;
  10. untuk mengandungi habitat-habitat semula jadi yang paling penting dan nyata untuk pemuliharaan in-situ kepelbagaian biologi, termasuklah yang mengandungi spesies terancam dengan bernilai sejagat yang luar biasa dari sudut sains atau pemuliharaan
Projek lain