Portal Televisyen


Televisyen skrin rata untuk dijual di kedai elektronik pengguna pada 2008


Televisyen (TV) ialah sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom ("hitam putih") mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. "Televisyen" juga boleh memaksudkan peti televisyen, rancangan televisyen atau pancaran televisyen. Perkataan "televisyen" terbentuk dari gabungan perkataan tele (τλε, "jauh") dari bahasa Greek dan visio ("penglihatan") dari bahasa Latin.

Peti televisyen yang dijual sejak akhir 1930-an sudah menjadi salah satu alat penerima komunikasi utama dalam rumah, perniagaan dan institusi, khususnya sebagai sumber hiburan dan berita. Sejak 1970-an, kemunculan pita video, cakera laser, DVD dan kini Blu-ray juga menjadikan peti televisyen sebagai alat untuk menayangkan bahan rakaman.

Walaupun terdapat kegunaan televisyen yang lain seperti televisyen litar tertutup, namun kegunaan yang paling utama ialah penyiaran televisyen yang berasaskan sistem penyiaran radio sedia ada yang dibangunkan pada 1920-an, menggunakan pemancar frekuensi radio berkuasa tinggi untuk menyiarkan isyarat televisyen ke penerima TV.

Penyiaran TV biasanya disebarkan melalui pancaran radio dalam saluran-saluran yang ditetapkan dalam jalur frekuensi 54-890 megahertz<ref>. Isyarat TV juga kini dipancarkan dengan bunyi stereo atau bunyi keliling di kebanyakan negara. Siaran TV mula-mulanya dirakam dan dipancarkan dalam bentuk isyarat analog, tetapi kebelakangan ini penyiar awam mahupun swasta kian beralih ke teknologi televisyen digital.

Sebuah peti televisyen biasa terdiri daripada bermacam-macam litar elektronik di dalamnya, termasuk litar penerima dan penyahkod isyarat penyiaran. Peranti paparan visual yang tiada penala sewajarnya dipanggil monitor, bukannya televisyen. Sesebuah sistem televisyen boleh memakai pelbagai piawaian teknikal seperti analog (PAL, NTSC, SECAM), digital (DVB, ATSC, ISDB dsb.) ataupun definisi tinggi (HDTV). Sistem televisyen juga digunakan untuk pantauan keselamatan, kawalan proses industri, dan panduan senjata, di tempat-tempat yang sukar atau terlalu bahaya untuk diperhati dengan dekat.

Televisyen amatur (ham TV atau ATV) juga digunakan untuk acara eksperimen, suka ria dan perkhidmatan awam oleh pengendali radio amatur. Stesen TV amatur pernah digiatkan di kawasan bandar raya sebelum kemunculan stesen TV komersil.


Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal yang berkaitan