Undang-undang adalah satu percubaan untuk menimbangtara antara kehendak orang ramai dalam perhubungan antara mereka. Pengajian undang-undang mencari jawapan kepada beberapa persoalan penting mengenai kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.
Undang-undang berkait hampir kesemua arena kehidupan. Terdapatnya undang-undang tentang pekerjaan, undang-undang mengenai sukan, undang-undang yang boleh mengehadkan bagaimana perniagaan diuruskan dan undang-undang yang membolehkan penubuhan syarikat malah juga persatuan. Undang-undang boleh menubuhkan sekolah, mengenakan hukuman terhadap pelaku jenayah, bertindak sebagai jambatan antara budaya-budaya berasingan dan ada juga undang-undang mengenai pilihanraya dalam sesuatu negara. Terdapat juga undang-undang berkenaan bagaimana hendak menggubal undang-undang.
Dalam kebanyakan negara dunia, pengamal undang-undang profesional dilatih untuk memberi orang ramai khidmat dalam pengetahuan dan perlaksanaan hak mereka dalam undang-undang. Hak dan tangunggungjawab dalam undang-undang boleh dan sering menjadi kompleks. Akan tetapi, terdapatnya sejarah yang kaya mengenai undang-undang dengan pelbagai pemikiran falsafah yang berdepankan undang-undang. Pertempuran politik yang hebat sering berlaku untuk membuat undang-undang dan isu-isu ekonomi juga dibangkitkannya. Ini menjadikan bidang undang-undang satu bidang yang penuh dengan kenikmatan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Baca lagi...
Perlembagaan Malaysia yang mengandungi 131 perkara adalah undang-undang tertinggi di
Malaysia. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada
Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun
1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada
31 Ogos,
1957.
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 13 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih or artikel yang relevan.
Lebih...
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.) Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA Neonics.
Lebih...