Berikut ialah senarai posisi futsal dengan penerangan lanjut peranan setiap posisi dan pemain terkenal yang bermain di setiap posisi tersebut. Kedudukan pemain dalam setiap posisi boleh menentukan strategi yang berbeza dalam permainan.

Futsal positons in English

Penjaga Gol sunting

Penjaga Gol ialah kedudukan yang paling khusus dalam futsal. Peranan utama ialah bertahan; menjaga gawang pasukan daripada bolos (dijaringkan pihak lawan). Penjaga gol ialah satu-satunya pemain yang dibenarkan untuk menyentuh bola dengan tangan dan lengan mereka, namun hanya terhad untuk berbuat demikian hanya dalam kawasan penalti mereka sendiri sahaja. Atas sebab ini, mereka harus mengenakan jersi yang membezakan mereka daripada pemain di padang dan juga pengadil.

Penjaga Gol Terkenal sunting

Pertahanan sunting

Pertahanan ialah pemain yang peranan utamanya ialah menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Pembentukan pertahanan, seperti posisi 2-1-1, akan membolehkan pasukan lebih bertahan dan mempunyai kekuatan yang lebih baik dalam mengurangkan gol daripada pihak lawan.

Pertahanan Terkenal sunting

Sayap sunting

Pemain Sayap atau "Winger" ialah pemain yang sentiasa bergerak ke hadapan dan ke belakang di sisi padang (sayap kiri dan sayap kanan), di antara pertahanan dan serangan. Posisi ini tidak terlalu menyerang seperti pemain penyerang, dan juga tidak terlalu bertahan seperti pemain pertahanan.

Sayap Terkenal sunting

Paksi sunting

Pemain Paksi ialah pemain yang paling hadapan di atas padang (sama seperti Penyerang dalam bola sepak padang).

Paksi Terkenal sunting

Universal sunting

Sesetengah pemain boleh bermain di mana sahaja di atas padang. Selain penjaga gol, yang selalunya berada di kawasan penalti, pemain lain seperti pertahanan, pemain sayap dan paksi boleh bergerak bebas di mana sahaja di padang. Kebebsan ini dapat memberikan lebihan kekuatan di bahagian pertahanan dan menyerang apabila diperlukan.

Rujukan sunting

  • Alessandro Nuccorini, Calcio a 5 : Principi e sviluppi, Roma, 2002 ISBN 88-8313-070-7