Poskad Impian 1 Malaysia

Poskad Impian 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 4 Februari 2010. Ia hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pos Malaysia. Sepuluh impian terbaik akan direalisasikan dalam program televisyen realiti bertajuk 'Impian 1Malaysia - Direalisasikan Bersama Pos Malaysia Bhd'.

Rakyat Malaysia boleh membeli poskad di pejabat pos berharga 50 sen dan menulis impian dan harapan mereka berkenaan 1Malaysia. Ia terbuka kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas.

Hasil kajian terhadap 220,000 SMS menunjukkan hanya 68 % rakyat Malaysia faham tentang gagasan 1Malaysia. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengutip 5250 data rambang. Sementara Jabatan Penerangan memperolehi 12,212 maklum balas. 81 % menyokong dan memahami 1Malaysia.

Pertandingan mural atau seni lukis rakyat 1Malaysia turut diperkenalkan. Semua sekolah, badan bukan kerajaan serta peminat seni lukis boleh menyertainya.[1]

Rujukan sunting