Posmen

pekerja pejabat pos yang menghantar surat kepada pemiliknya.

Posmen, penghantar surat atau tukang pos (postman/postwoman di Britain;[1] letter carrier di Amerika Syarikat; postie di Australia[2] dan New Zealand;[3], Bahasa Belanda: Postbode) merupakan pekerja pejabat pos atau perkhidmatan pos, yang menghantar surat atau bungkusan ke tempat tinggal dan perniagaan. Pos Diraja British (Royal Mail), menukar rasmi dari pembawa/penghantar surat kepada "posmen" pada tahun 1883.[4]

Postmen Melbourne menunggang motorsikal.
Van USPS di Jalan Cambridge di Dataran Harvard (Cambridge, Massachusetts).

Tahukah anda berapa pucuk surat yang diproses di pejabat pos setiap hari? Purata 140,000 pucuk surat sehari! Jumlahnya bertambah lebih sekali ganda pada musim perayaan. Sebelum diproses di pejabat pos untuk diserahkan kepada para penerimanya, surat-surat itu terlebih dahulu disaring mengikut destinasinya. Kerja ini dilakukan menggunakan mesin di pejabat pos besar iaitu tempat pengumpulan semua surat bagi setiap negeri.

Kerja posmen bermulaSunting

Sebelum keluar menghantar surat, posmen akan mengasingkan surat di stesen kerjanya (work station). Surat-surat itu diasingkan mengikut alamatnya. Pos Malaysia mempunyai lebih 682 pejabat pos dan lebih 328 pejabat pos mini di seluruh negara.

Aliran surat-suratSunting

Surat-surat akan sampai di pejabat pos besar pada sekitar pukul 7.30 pagi. Surat-surat ini dibawa dengan dulang(tray) untuk diproses di Bahagian Serahan. Bahagian ini terlindung daripada pandangan orang ramai yang biasa datang untuk berurusan di pejabat pos. Dulang-dulang akan ditimbang untuk diketahui purata bilangan surat untuk setiap hari.

Bagasi dan bungkusanSunting

Bagasi dan bungkusanakan dikumpul di Pusat Pendaftaran dan Bungkusan di pejabat pos besar ini. Selepas itu barulah ia dihantar ke destinasinya. Surat-surat berdaftar juga diproses di sini.

Salah isihSunting

Ada surat-surat yang tersalah letak atau tersalah isih. Misalnya surat yang sepatutnya dihantar ke kawasan Bukit Kemuning telah diletakkan di stesen kerja untuk kawasan lain. Surat-surat seperti ini akan diserahkan ke Bahagian Salah Isih Dalaman. Di situ surat-surat tadi diasingkan semula mengikut kawasan serahan yang betul. Selepas itu ia akan diserahkan ke stesen kerja yang sepatutnya.

Menghantar suratSunting

Pada kira-kira pukul 11 pagi. Posmen akan mula keluar dengan motosikal untuk menghantar surat. Kerja menghantar bungkusan dan bagasi pula dilakukan menggunakan van.

Berutus surat dengan rakan penaSunting

Dengan belanja hanya 50 sen, anda boleh mengutus surat kepada kenalan di mana-mana negara. Caranya, beli aerogram berharga 50 sen di pejabat pos. Kemudian:

  1. Tulis surat dan alamat penerima di atas aerogram itu.
  2. Lipat dan lekatkan aerogram.
  3. Masukkan ia ke dalam peti pos. Tidak perlu ditampal setem.

Begitu mudah dan murah! Bertanyalah di Kaunter Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan aerogram.


RujukanSunting

  1. ^ "Can you deliver the goods?". Royal Mail. 2013. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  2. ^ "Keeping our posties safe". Australia Post. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  3. ^ "Postie". New Zealand Post. 2009. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  4. ^ "What did your relatives do?". London: British Postal Museum & Archive. Dicapai pada 4 Disember 2009.

Pautan luarSunting