Postulat Koch [ˈkɔx, kokh] ialah empat kriteria direka untuk mengasaskan perhubungan bersebab antara mikrob dengan penyakit. Postulat-postulat ini dirumuskan oleh Robert Koch dan Friedrich Loeffler pada 1884, berdasarkan konsep lebih awal diperihalkan oleh Jakob Henle[2] lalu penemuan tersebut ditapis dan diterbitkan oleh Koch pada 1890. Koch menggunakan postulat-postulat ini untuk memerihalkan etiologi kolera dan tuberkulosis, tetapi pendekatan ini turut diitlakkan secara kontroversial terhadap penyakit lain. Postulat-postulat ini dijana sebelum pemahaman konsep moden dalam patogenesis mikrob yang tidak boleh diperiksa menggunakan postulat Koch, termasuk virus (yang merupakan parasti sel obligat) atau pembawa asimptomatik.

Heinrich Hermann Robert Koch (11 Disember 1843 – 27 May 1910) merupakan seorang doktor Jerman yang memajukan asas kepada postulat Koch dikenali hari ini.[1]

Postulat ini kebanyakannya diambil alih oleh kriteria lain seperti kriteria Bradford Hill untuk kebersebaban penyakit berjangkit dalam kesihatan awam moden. Postulat ini telah digunakan secara kontroversial untuk menyimpulkan bahawa virus kurang imun manusia tidak menyebabkan sindrom kurang tahan daya penyakit[3] (lalu menyokong penafian HIV/AIDS) dan bahawa onkovirus tidak menyebabkan barah.[4]

Empat postulat Koch sunting

Postulat yang dirumuskan Koch untuk mengenalpasti mikrob penyebab penyakit adalah berikut:

  1. Mikroorganisma tersebut hendaklah dijumpai dengan banyaknya dalam semua organisma yang menghidap sesebuah penyakit tetapi bukan pada organisma ya g sihat.
  2. Mikroorganisma ini hendaklah diasingkan daripada organisma berpenyakit dan dibesarkan dalam kultur sel tulen.
  3. Mikroorganisma yang dikulturkan ini dijangka akan menyebabkan penyakit apabila diperkenalkan pada mikroorganisma lain yang sihat.
  4. Mikroorganisma ini hendaklah diasingkan semula daripada hidupan perumah yang diinokulasi dan berpenyakit, serta dikenalpasti sama ada ia sama dengan agen penyebab penyakit yang asal.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Koch, R. (1876). "Untersuchungen über Bakterien: V. Die Ätiologie der Milzbrand-Krankheit, begründet auf die Entwicklungsgeschichte des Bacillus anthracis" (PDF). Cohns Beitrage zur Biologie der Pflanzen (dalam bahasa Jerman). 2 (2): 277–310. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  2. ^ Evans AS (Oktober 1978). "Causation and disease: a chronological journey. The Thomas Parran Lecture". American Journal of Epidemiology. 108 (4): 249–58. PMID 727194.
  3. ^ Weiss, Robin A.; Jaffe, Harold W. (1990). "Duesberg, HIV and AIDS". Nature. 345 (6277): 659. Bibcode:1990Natur.345..659W. doi:10.1038/345659a0. PMID 2163025.
  4. ^ Moore, Patrick S.; Chang, Yuan (2013). "The conundrum of causality in tumor virology: The cases of KSHV and MCV". Seminars in Cancer Biology. doi:10.1016/j.semcancer.2013.11.001.

Bacaan lanjut sunting