Posyen Polijus ialah posyen rekaan dalam siri Harry Potter. Posyen ini sangat rumit tetapi ia membenarkan peminumnya bertukar bentuk menjadi orang lain.

Ramuan sunting

  1. 12 ekor lalat bersayap renda (Lacewing)
  2. 1 auns Antimoni mentah
  3. 4 ekor lintah
  4. 16 skrupel rumpai fluks
  5. 3 dram Sal Ammoniac (ammonia hablur yang dijadikan cecair)
  6. Rumput berbelit
  7. 1 cubit serbuk tanduk bicorn yang diekstrak pada bulan mengambang
  8. Carikan kulit boomslang
  9. Isian dan simpanan Salpeter, Utarid dan Marikh.
  10. Ekstrak orang yang hendak diubah (DNA)

Rumpai fluks dan tanduk harus diambil pada bulan mengambang, dan lalat bersayap renda haruslah direnih selama 21 hari sebelum posyen dibuat. Isian dan simpanan mungkin merujuk kepada cebisan meteorit atau galian. Kebanyakan bahan ada dalam simpanan almari untuk pelajar di Hogwarts, walaupun sebahagian daripadanya tiada dan terdapat hanya di stor peribadi Severus Snape.

Kesan sunting

“Ooh, nampak awak lebih sedap daripada Crabbe dan Goyle, Harry,” kata Hermione, sebelum melihat kening Ron terangkat, dan dengan pipi agak kemerahan berkata, “Oh, awak tahu maksud saya... posyen Goyle nampak macam momok.”
—sebelum Hermione Granger bertukar menjadi Harry, Harry Potter dengan Azimat Maut

Secebis orang yang ingin dijadikan pertukaran — lazimnya rambut — diperlukan sebelum penukaran. Sebelum ramuan terakhir ini ditambah, Polijus kelihatan pekat seperti lumpur gelap yang berbuih perlahan. Apabila cebisan orang ditambah, posyen akan berubah warna; ia seolah-olah berubah mengikut sifat orang itu, dan dikatakan itu ialah 'intipati' orang tersebut. Orang yang berhati baik akan menjadikannya warna dan rasa yang lebih menarik dan sebaliknya. Posyen Harry Potter adalah berwarna emas tulen, manakala posyen Gregory Goyle seperti "kobis yang terlebih masak", Bellatrix Lestrange punya berasa "menjijikkan, lebih teruk dari Akar Gurdy" dan posyen Mafalda Hopkirk berwarna ungu pucat yang menyenangkan.

Kesannya bertahan selama sejam, tetapi apabila Barty Crouch Jr. menculik dan menyamar sebagai Alastor Moody bagi sepanjang penggal persekolahan Hogwarts[HP4], berterusan mengambil dosnya menunjukkan kesan yang berterusan. Beliau melakukannya pada 1994-1995 sebagai sebahagian rancangan Lord Voldemort untuk memperoleh tubuh dan membunuh Harry Potter.

 
Arahan untuk membuat Posyen Polijus pada buku Posyen Paling Mujarab.[HP2]

Polijus juga boleh digunakan untuk seseorang itu untuk bertukar menjadi orang yang berlainan jantina. Ia juga termasuk sebarang usia, kecederaan dan kecacatan, seperti juga Barty Crouch Jr. memerlukan mata ajaib dan kaki kayu apabila dia bertukar menjadi Alastor Moody.

Posyen ini sangat rumit, leceh dan boleh jadi menerukkan. Contohnya, apabila Hermione Granger merenih Polijus pada tahun keduanya, dia ingin bertukar bentuk kepada Millicent Bulstrode, tetapi dia terambil bulu kucing yang disangkakan bulu Millicent. Hasilnya menyebabkan Hermione bertukar rupa menjadi separa kucing. Memandangkan Posyen Polijus tidak boleh digunakan untuk berubah kepada haiwan, rupa Hermione tidak pulih selepas sejam. Beliau pergi ke sayap Hospital dan tidak pulih hinggalah selepas cuti musim sejuk tamat.

Begitu juga, posyen ini tidak boleh digunakan oleh bukan manusia atau baka kacukan untuk berubah menjadi manusia lain, seperti yang dikatakan oleh Remus Lupin tentang Rubeus Hagrid yang separa gergasi.[1]

Penggunaan oleh pelajar Hogwarts sunting

Pencarian Pewaris Slytherin sunting

Ketika tahun kedua, Harry Potter, Ron Weasley, dan Hermione Granger mengesyaki bahawa Draco Malfoy ialah Pewaris Slytherin. Untuk menyiasat perkara itu, mereka merancang untuk berubah rupa menjadi pelajar Slytherin dan menyoal Malfoy. Hermione menggunakan tandatangan Profesor Gilderoy Lockhart untuk memasuki bahagian larangan perpustakaan untuk mengetahui bahan-bahannya, kemudian mencuri bahan-bahan dari almari Profesor Snape, dan merenihnya. Sementara Harry dan Ron berjaya berubah kepada Gregory Goyle dan Vincent Crabbe, posyen Hermione menjadikannya teruk.

Plot menentang Dumbledore sunting

Draco Malfoy, Gregory Goyle dan Vincent Crabbe menggunakan Polijus sepanjang tahun persekolahan 1996-1997 untuk menutup keraguan terhadap mereka yang sering berulang untuk mencari Kabinet Menghilang, yang merupakan sebahagian tugasan Malfoy untuk membunuh Albus Dumbledore dan membolehkan Death Eater memasuki Hogwarts.

Tujuh Potter sunting

Kumpulan Phoenix menggunakan Polijus pada 1997 untuk mengeluarkan Harry Potter dari Privet Drive dengan selamat sebelum harijadinya yang ketujuh belas. Enam orang — Hermione Granger, Ron Weasley, Fleur Delacour, Fred dan George Weasley, dan Mundungus Fletcher — menyamar sebagai Harry untuk mengalih perhatian apabila diserang Death Eaters. Kemudian, Harry turut menggunakannya untuk menyamar pada majlis perkahwinan Bill Weasley dan Fleur Delacour.

Pecah masuk ke Kementerian sunting

Ketiga-tiga mereka sekali lagi menggunakan Polijus untuk memecah masuk ke dalam Kementerian Sihir untuk mencari loket Salazar Slytherin, dan memecah masuk ke Gringotts untuk mendapatkan piala Helga Hufflepuff dari bilik kebal Bellatrix Lestrange.

Kurangnya pengesyakan bagi semua peristiwa ini menunjukkan bahawa Posyen Polijus sangat jarang digunakan. Melalui bakatnya, Severus Snape boleh tahu sesiapa yang menggunakan baha-bahan tersebut dari almarinya dan lazimnya menuduh Harry Potter, tetapi ia lebih kepada keinginan Snape untuk menyalahkan Harry tentang segalanya walaupun sebenarnya bukan kesalahannya.

Rujukan sunting

  1. ^ Azimat Maut, Bab 5