Pranab Kumar Mukherjee (11 Disember 1935 - 31 Ogos 2020) ialah bekas ahli politik India yang berkhidmat sebagai Presiden India ke-13 dari 2012 hingga 2017. Mukherjee juga merupakan bekas Menteri Kewangan India.

Tuan Yang Terutama

Pranab Mukherjee
Potret rasmi, 2012
Presiden India ke-13
Dalam jawatan
25 Julai 2012 – 25 Julai 2017
Perdana MenteriManmohan Singh
Narendra Modi
Naib PresidenMohammad Hamid Ansari
Didahului olehPratibha Patil
Digantikan olehRam Nath Kovind
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
24 Januari 2009 – 26 Jun 2012
Perdana MenteriManmohan Singh
Didahului olehP. Chidambaram
Digantikan olehP. Chidambaram
Dalam jawatan
5 Januari 1982 – 31 Disember 1984
Perdana MenteriIndira Gandhi
Didahului olehR. Venkataraman
Digantikan olehV. P. Singh
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
22 Mei 2004 – 27 Oktober 2006
Perdana MenteriManmohan Singh
Didahului olehGeorge Fernandes
Digantikan olehA. K. Antony
Butiran peribadi
LahirPranab Kumar Mukherjee
Mirati, Birbhum, Bengal Presidency, British India (sekarang Bengal Barat, India)
Meninggal dunia31 Ogos 2020(2020-08-31) (umur 84)
New Delhi, Delhi, India
Parti politikKongres Kebangsaan India (1969–86; 1989–2012)
Sekutu gabungan
politik lain
Kongres Rashtriya Samajwadi (1986–89)
PasanganSuvra Mukherjee (k. 1957; m. 2015)
Anak-anakSharmistha Mukherjee
Abhijit Mukherjee
Indrajit Mukherjee
KediamanRashtrapati Bhavan, New Delhi, Delhi, India
Alma materUniversiti Calcutta
Laman web rasmiLaman web rasmi

Mukherjee adalah pemimpin kanan Parti Kongres Kebangsaan India sehingga beliau meletak jawatan sebelum pilihan raya Presiden India 2012 pada 22 Julai 2012. Beliau mengambil jawatan sebagai Presiden India ke-13 pada 25 Julai 2012.

Pranab Mukherjee terlibat dalam politik Kongres Kebangsaan India pada 1969 di bawah Perdana Menteri India Indira Gandhi. Beliau pernah menjadi menteri dalam kabinet Indira Gandhi (1973) dan Menteri Kewangan India (1982-1984). Mukherjee adalah Ketua Dewan Sabha Rajya (1980-1985).

Mukherjee itu diketepikan dari Kongres semasa era Rajiv Gandhi kerana tidak sealiran dengan Rajiv Ghandhi. Kemudian beliau membentuk parti politik baru, Kongres Rashtriya Samajwadi tetapi bergabung dengan Kongres (1989) selepas berkompromi dengan Perdana Menteri Rajiv Gandhi. Seterusnya Perdana Menteri Narasimha Rao memilih beliau sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan dan sebagai Menteri Luar India (1995-1996) dalam Kabinet Rao . Mukherjee muncul sebagai arkitek politik Sonia Gandhi pada 1990-an. Beliau menjadi negarawan sulung daripada parti Kongres. Mukherjee adalah Ketua Dewan Lok Sabha 2004-2012. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan (2004-2006) ; Menteri Hal Ehwal Luar (2006-2009); Menteri Kewangan 2009-2012 dalam kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh .

Mukherjee menerima penghargaan seperti Menteri Kewangan terbaik Dunia (1984) dan Menteri Kewangan Asia (2010) oleh akhbar 'Emerging Markets' untuk Bank Dunia dan IMF. Pada Disember 2010, majalah Banker mengiktiraf beliau sebagai "Menteri Kewangan Tahun 2010". Kerajaan India juga memberi penghormatan kepada beliau bersama tokoh Padma Vibhushan pada tahun 2008.

Pada tahun 2017, Mukherjee memutuskan untuk tidak bertanding untuk pemilihan semula dan bersara daripada politik selepas meninggalkan kepresidenan kerana "komplikasi kesihatan yang berkaitan dengan usia tua". Tempoh jawatannya tamat pada 25 Julai 2017.[1][2][3]

Presiden India sunting

Pranab menggantikan presiden wanita pertama, Pratibha Patil, yang tempoh penggal lima tahunnya berakhir pada 25 Julai 2012.

Dalam undian yang dijalankan, beliau menewaskan P.A.Sagma, bekas Speaker Dewan Rakyat (Lok Sabha).Terdapat 748 anggota Parlimen dalam Dewan Rakyat. 527 mengundi Pranab manakala Sagma, 64, mendapat 206 undi. Sebanyak 15 undi rosak.[4]

Pada bulan Januari 2017, Mukherjee menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk pilihan raya Presiden 2017. Alasannya untuk mengatakan ini ialah umurnya dan kesihatan yang tidak baik.

Kematian sunting

Belliau meninggal dunia pada 31 Ogos 2020 akibat dari komplikasi selepas pembedahan otak serta COVID-19.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Sachidananda Murthy (December 27, 2015). "And the next President is..." english.manoramaonline.com/home.html. Manorama Online. Dicapai pada 28 April 2016.
  2. ^ Presidential Election 2017: Pranab Mukherjee retires in July, this is how India elects its president
  3. ^ Presidential Election 2017: Not in race for another term, says Pranab Mukherjee
  4. ^ Pranab Mukherjee dipilih Presiden India ke 13
  5. ^ "Perjalanan terakhir bekas presiden India Pranab Mukherjee diberi penghormatan ketenteraan". Bernama. 2 September 2020. Dicapai pada 4 September 2020.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Ramaswamy Venkataraman
Menteri Kewangan
1982–1984
Diikuti oleh:
Vishwanath Pratap Singh
Didahului oleh
Mohan Dharia
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perancangan
1991–1996
Diikuti oleh:
Madhu Dandavate
Didahului oleh
Dinesh Singh
Menteri Luar Negeri
1995–1996
Diikuti oleh:
Atal Bihari Vajpayee
Didahului oleh
George Fernandes
Menteri Pertahanan
2004–2006
Diikuti oleh:
Arackaparambil Kurian Antony
Didahului oleh
Manmohan Singh
Menteri Luar Negeri
2006–2009
Diikuti oleh:
Somanahalli Mallaiah Krishna
Menteri Kewangan
2009–2012
Diikuti oleh:
Manmohan Singh
Didahului oleh
Pratibha Patil
Presiden India
2012–2017
Diikuti oleh:
Ram Nath Kovind