Precia Testarossa (プレシア テスタロッサ Pureshia Tesutarossa) juga diterjemahkan sebagai Presia, ialah watak fiksyen dalam siri animasi Magical Girl Lyrical Nanoha yang ditayangkan di ntv7 pada tahun 2007 di Malaysia. Siri animasi ini terbahagi kepada 5 musim iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Magical Girl Lyrical Nanoha Strikers, Magical Girl Lyrical Nanoha Vivid dan Magical Chronicle Lyrical Nanoha Force. Pada musim pertama, Precia ialah penjahat utama. Precia Merupakan seorang ahli sihir dan penduduk utama di Garden Of Time @ Taman Waktu. Precia menghantar anaknya, Fate testarossa ke dimensi bumi untuk mengumpul Lost Logia yang juga dikenali sebagai Jewel Seed. Precia berusaha mengelakkan diri daripada Time Space Administration Bureau @ Jabatan Angkasa Bureau. Precia merupakan pakar pengkaji Sains dan dia ialah penyelidik yang boleh menghasilkan familiar @ penjaga. Precia memiliki senjata tetapi tidak dinyatakan namanya.

Precia Testarossa
Watak Magical Girl Lyrical Nanoha
Kemunculan pertama

Nanoha Episode 7 +
Nanoha The MOVIE 1st
Disuarakan oleh

Rei Igarashi (Japanese/Bahasa Jepun)
Julie Rei Goldstein (English/Bahasa Inggeris)
Profil
Home world / Dunia Asal

Garden of Time / Taman Waktu
Affiliations

Projek Fate
Informasi
Magic system / sistem magis

Sistem Mid Childa
Familiar / penjaga

Linith Testarossa
Kekuasaan

Mantra

Precia di musim pertama sunting

Precia pertama kali muncul di episode 7. Precia merupakan ibu kepada Fate Testarossa. Precia menggunakan Fate untuk mengumpulkan Jewel Seed demi satu matlamat. Fate tanpa bertanya dan mengganggap Jewel Seed akan digunakan sebagai kajian ibunya, berusaha mengumpulkannya. Jikalau Fate tidak berjaya mendapatkan Jewel Seed, Precia akan hilang pertimbangan dan terus mendera Fate. Biarpun begitu, Fate amat taat akan ibunya. Precia tinggal di sebuah tempat persembunyian suram di Garden Of Time @ Taman Waktu bersama Fate dan Arf Testarossa. Precia digambarkan seorang yang mengalami tekanan jiwa dan konflik yang bermain di mindanya.

Di akhir musim ini, Arf akhirnya dikalahkan oleh Precia. Fate pula bertarung dengan Nanoha untuk mendapatkan Jewel Seed. Akhirnya Precia merampas Jewel Seed untuk kegunaannya sendiri. Jabatan Angkasa Bureau telah bergabung dengan Nanoha dan melabel Precia sebagai seorang penjenayah yang berbahaya. Mereka menjejak Precia di Taman Waktu dan berusaha untuk menangkap Precia. Precia menghantar kumpulannya iaitu robot untuk mengalahkan Jabatan Angkasa Bureau. Precia mendedahkan bahawa Fate ialah klon @ tiruan yang dicipta daripada DNA anak kandungnya, Alecia Testarossa. Precia menjadi gila ketika Alecia meninggal dalam peperangan antara Jabatan Angkasa Bureau beberapa tahun yang lepas. Precia yang tidak dapat menerima kenyataan, telah menumpukan perhatian dalam bidang penyelidikan dan pengklonan untuk menghasilkan satu objek yang boleh mengumpulkan Jewel Seed. Objek tersebut ialah Fate Testarossa. Fate telah diterapkan memorinya dengan ingatan Alecia dan oleh itu Fate menganggap Precia sebagai ibunya. Fate terus digunakan untuk mengumpulkan Jewel Seed dengan menggunakan senjatanya Bardiche. Jewel Seed dikatakan mampu membawa Precia ke dimensi Al Hazard di mana dimensi itu dikatakan boleh menghidupkan kembali manusia yang telah meninggal.

Precia mengaktifkan sembilan Jewel Seed dan ingin pergi ke Al Hazard. Tindakan ini menyebabkan gangguan dimensi, dan Taman Waktu mula mengalami kemusnahan. Ketika Fate bergabung dengan Nanoha dan Jabatan Angkasa Bureau, Fate cuba untuk menyelamatkan Precia, tapi Precia menolak Fate. Precia ketawa dan terus ketawa. Dia gembira kerana hasratnya tercapai. Precia akhirnya jatuh ke dimensi Al Hazard bersama Alecia yang berada dalam balang kajian.

Precia di musim kedua sunting

Walaupun mungkin Precia sudah mati, pengaruh Precia ini masih dirasakan dalam seluruh jiwa Fate. Fate selalu terbayangkan kisah silamnya ketika bertarung dengan Guardian Knight, kerana Guardian Knight juga merupakan Projek Pengklonan dari Book Of Darkness @ Buku Kezaliman. Ketika Fate ditangkap oleh Buku Kezaliman, Fate dilemparkan ke dalam mimpi yang amat berbeza daripada keseluruhan hidupnya. Dalam mimpinya, Precia, Alecia, Linith dan Arf hidup bersatu padu. Dan Precia melayannya dengan baik sekali. Namun begitu, Fate memutuskan untuk keluar daripada Buku Kezaliman. Precia tidakmuncul dalam musim seterusnya. Namun begitu, Fate masih menyimpan gambarnya bersama dengan Alecia.

Kekuasaan sunting

Precia mempunyai senjata berwarna violet @ unggu. Tetapi, tidak dinyatakan namanya. Dia hanya menggunakan mantra untuk mengaktifkan Jewel Seed. Dia juga mempunyai kebolehan untuk bertelepati.

Rujukan sunting

Tontonan langsung dari ntv7 dan rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris