Prefektur (Jawi: ڤريفيكتور serapan Perancis: préfecture turunan Latin praefectura "tadbiran praefectus"[1]) adalah sebuah istilah untuk menyatakan suatu wilayah yang memiliki kekuasaan tersendiri atau wilayah sejak zaman Maharaja Diocletianus yang membahagikan Kerajaan Romawinya kepada empat wilayah kecil. Prefektur serupa seperti negeri atau provinsi yang dipimpin oleh pemimpin dipilih.

Takrifan di China sunting

Makna lama sunting

Xian sunting

Jika digunakan pada konteks sejarah China, terutama sebelum dinasti Tang, kata "prefektur" digunakan untuk menterjemahkan Xian (县/縣), suatu unit pentadbiran.

Zhou sunting

Jika digunakan pada konteks sejarah China pada saat atau sesudah dinasti Tang, kata "prefektur" digunakan untuk menterjemahkan Zhou (州).

Makna baru sunting

Di Republik Rakyat China, prefektur (地区; pinyin: dìqū) ialah sebuah pembahagian wilayah pentadbiran peringkat dua dari seluruh peringkat pentadbiran.

Takrifan di Jepun sunting

Di Jepun, kata prefektur digunakan untuk menterjemahkan wilayah pentadbiran peringkat pertama ken (県) yang lebih kurang setaraf sebuah negeri Malaysia.[2]

Takrifan di Perancis sunting

Prefektur di Perancis (Perancis: préfecture) ialah ibu kota sebuah département.[3] Di Perancis terdapat 100 prefektur.

Takrifan di Yunani sunting

Yunani moden pernah dibahagi utama kepada 51 nomos (Bahasa Yunani: νομός "[padang] ragutan" terbitan νέμω némō "meragut") dari Kerajaan Yunani sampai ke pemerintahan republik diselaras perlembagaan 1975, setiap nomos ini memerintah setempat dipimpin oleh seorang nomark (νομάρχης nomárkhēs) yang dilantik secara undian. Pembahagian ini dirombak oleh kabinet Georgios Papandreou yang memperkenalkan Rancangan Kallikrates (Yunani: Πρόγραμμα Καλλικράτης, rumi: Prógramma Kallikrátis) pada tahun 2011 yang menyusun semula seluruh Yunani kepada 13 "wilayah" (περιφέρεια periféreia) dibahagikan kepada "unit wilayah" (περιφερειακή ενότητα perifereiaké enótita).

Rujukan sunting

  1. ^ "Etymologie de préfecture". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. 2012. Dicapai pada 30 Ogo 2023. b) «territoire placé sous l'autorité d'un préfet» [...] Empr. au lat. praefectura «charge de directeur; administration; dignité de préfet; ville administrée par un préfet», de praefectus...
  2. ^ Md. Nasrudin Md. Akhir; Asmadi Hassan; Rohayati Paidi (2008). Organisasi dan Institusi Jepun. Jabatan Pengajian Asia Timur, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya. m/s. 103. ISBN 9832085993.
  3. ^ "Préfectures". www.interieur.gouv.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2022-01-08.