Presiden Yunani

(Dilencongkan dari Presiden Greece)

Presiden Republik Yunani (Yunani: Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας, Próedros tis Ellinikís Dimokratías), atau Presiden Yunani, merupakan ketua negara Yunani. Presiden dipilih oleh Parlimen negara tersebut, dan kebanyakan peranannya bersifat seremonial sejak pembaharuan perlembagaan yang dilakukan pada tahun1986 pembaharuan perlembagaan. Jawatan ini ditetapkan secara rasminya melalui Perlembagaan Yunani pada tahun 1975, namun pernah didahulukan Republik Yunani Kedua dari 1924-35 dan republik junta tentera pada 1973-74.

Presiden
Republik Yunani
Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας
Panji Presiden
Penyandang
Katerina Sakellaropoulou
sejak 13 March 2020
GelaranYang Terutama
Bidang kuasaYunani Edit the value on Wikidata
KediamanKediaman Presiden, Athens
Dilantik olehParlimen Yunani
Tempoh jawatanLima tahun
boleh diperbaharui sekali
Surat cara pembentukanPerlembagaan Yunani
Penjawat sulungIoannis Kapodistrias (sebagai Gabenor)

Pavlos Kountouriotis (Republik Kedua)

Michail Stasinopoulos (Republik Ketiga)
Dibentuk25 Mac 1924
18 Disember 1974
Gaji€138,732 setahyn
Tapak webhttp://www.presidency.gr/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyandang jawatan ini ialah Katerina Sakellaropoulou sejak 13 Mac 2020.

Kuasa yang dipegang sunting

Presiden merupakan panglima tertinggi Tentera Yunani dan menduduki tempat pertama dalam keutamaan arahan negara. Walaupun penjawat diberikan kuasa yang begitu besar seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tahun 1974, peranan yang diambilnya bersifat istiadat semata-mata manakala Perdana Menteri Yunanilah merupakan ketua eksekutif pemerintah serta tokoh politik terkemuka di negara tersebut. Peranan presiden dalam jawatannya dikuatkuasakan oleh pindaan yang dibuat pada Perlembagaan tersebut pada 1986, yang mengurangkan kuasa rasminya.