Presiden Haiti
Presiden Haiti (Bahasa Perancis: Président d'Haïti, Bahasa Kreol Haiti: Prezidan peyi Ayiti) atau gelaran rasminyavPresiden Republik Haiti (Bahasa Perancis: Président de la République d'Haïti, Bahasa Kreol Haiti: Prezidan peyi Repiblik Ayiti) merupakan ketua negara Haiti. Kuasa eksekutif di Haiti dibahagikan antara Presiden serta pemerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri Haiti.[A133] Pada kini, Presiden Haiti ialah Claude Joseph, yang bertindak sebagai Presidengan pemangku berikutan pembunuhan Presiden Jovenel Moïse pada 7 Julai 2021.[3]
Presiden Republik Haiti
Président de la République d'Haïti Prezidan peyi Repiblik Ayiti | |
---|---|
![]() Panji Presiden (Bendera Haiti) | |
Gelaran | His Excellency[1] |
Status | Ketua negara |
Ahli kepada | Majlis Menteri |
Kediaman | Palais National |
Pusat | Port-au-Prince, Haiti |
Tempoh jawatan | Lima tahun Boleh diperbaharui sekali lagi secara tak berturut-turut |
Pemegang sulung | Alexandre Pétion |
Pembentukan | Februari 17, 1807 |
Perwarisan | Perdana Menteri |
Gaji | 250,000 Gourdes sebulan[2] |
Laman sesawang | La Présidence |
SyaratSunting
Kelayakan jawatan Presiden adalah tertakluk pada Bab III Bahagian A (Fasal 134 dan 135) dalam Perlembagaan Haiti 1987.
Presiden dipilih bagi penggal lima tahun melalui pilihan raya. Presiden tidak boleh dipilih dua kali berturut-turut: beliau boleh menjalani penggal kedua hanya setelah selang lima tahun, dan tidak boleh mencalonkan diri bagi penggal ketiga.[A134]
Untuk dipilih sebagai Presiden, calon mesti merupakan:[A135]
- warganegara Haiti asli dan tidak pernah melepaskan kewarganegaraan itu;
- telah mencapai usia 35 tahun pada hari pilihan raya;
- memiliki hak sivil dan politik dan belum dijatuhi hukuman mati;
- menjadi pemilik hartanah nyata dan mempunyai kediaman di negara ini;
- menetap di negara ini sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum hari pilihan raya;
- telah dilepaskan tanggungjawabnya sekiranya sebelumnya ada mengendalikan dana awam.
RujukanSunting
- ^ United Nations Heads of State Protocol and Liaison Service Heads of Government - Public List Ministers For Foreign Affairs
- ^ NEWS, HAITIZ. "Le Chef de l'État n'a que 250 mille gourdes le mois". www.haitiz.com.
- ^ Mustafa, DJ Kamal (2021-07-07). "Jovenel Moise Haitian President at his private residence". Europe, Africa, Middle East, Tribune, Breaking News, World News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-07.
LampiranSunting
- ↑ Rujukan bertanda [A___] merupakan rujukan daripada Perlembagaan Haiti. Versi terjemahan dalam bahasa Inggeris boleh dirujuk di sini dan versi asal dalam bahasa Perancis boleh dirujuk di sini.