Presiden Indonesia
Presiden Republik Indonesia merupakan jawatan politik tertinggi di Indonesia. Seramai enam orang tokoh pernah dilantik menjadi Presiden Indonesia. Kini, jawatan Presiden Republik Indonesia dipegang oleh Ir. H. Joko Widodo.
![]() | |
Gelaran | Bapa Presiden (tak rasmi) Yang Berhormat (rasmi) Paduka Yang Mulia (tak lagi dipakai) |
Status | Ketua negara Ketua pemerintah |
Kediaman | Istana Negara Istana Merdeka Istana Bogor Istana Cipanas Istana Yogyakarta Istana Tampaksiring |
Pelantik | Pilihan raya umum langsung |
Tempoh jawatan | 5 tahun, dapat diundi sekali lagi tempoh jawatan |
Surat cara pembentukan | Undang-Undang Dasar Republik Indonesia |
Pemegang sulung | Sukarno |
Pembentukan | 18 Ogos 1945 |
Timbalan | Naib Presiden Indonesia |
Gaji | Rp 62,740,030 sebulan[1] |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
SejarahSunting
Era SukarnoSunting
Era SuhartoSunting
Era ReformasiSunting
PerundanganSunting
Bidang kuasaSunting
Senarai Presiden IndonesiaSunting
No | Gambar | Nama (Birth–Death) |
Tempoh menjabat | Parti politik | Naib presiden | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Ir. H. Soekarno (1901–1970) |
18 Ogos 1945 | 12 Mac 1967[2] | Parti Nasional Indonesia | Mohammad Hatta | ||
Kosong (1956–1973) | |||||||
Presiden Indonesia yang pertama. Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda. Memimpin negara selama Revolusi Nasional Indonesia dan Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda. Mendirikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan menganjurkan Konferensi Asia Afrika di Bandung pada 1955. Menubuhkan Demokrasi Terpimpin selepas jatuhnya 10 kerajaan dalam sistem parlimen pada 1950an, dengan Nasakom sebagai fahaman pembimibing. Memimpin pembebasan Western New Guinea. Menentang penubuhan Malaysia dan memulai Konfrontasi. Kehilangan sebagian besar kekuasaan selepas Supersemar pada 1966 sebagai tindak balas dari pembunuhan 6 orang jeneral. Turun dari kekuasaan pada 1967. | |||||||
2 | Gen. Besar (TNI) H. Soeharto (1921–2008) |
12 Mac 1967 | 21 Mai 1998 | Golkar dengan sokongan tentera | Sri Sultan Hamengkubuwono IX | ||
Adam Malik | |||||||
Umar Wirahadikusumah | |||||||
Soedharmono | |||||||
Try Sutrisno | |||||||
Bacharuddin Jusuf Habibie | |||||||
Presiden kedua Indonesia. Merampas kuasa dari Soekarno lewat Supersemar pada 1966. Menubuhan Orde Baru yang disokong angkatan bersenjata. Memansuhkan Parti Komunis Indonesia dan memerintahkan pembantaian orang banyak dan pemenjaraan raturan suspek komunis. Mengakhiri Konfrontasi dan memulai dasar hubungan luar negara yang lebih bersahabat dengan negeri jiran seperti Malaysia dan Singapura, serta ikut menubuhkan ASEAN dan APEC. Memutuskan hubungan dengan China dan negara komunis serantau. Menduduki Timor Timur. Memimpin pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur yang hebat, tetapi disertai rasuah dalam birokrasi kerajaan. Meletak jawatan menyusul jatuhnya ekonomi negara selepas krisis kewangan Asia 1997 dan rusuhan 1998. | |||||||
3 | Prof. Dr. Dipl. Ing. H. Bacharuddin Jusuf Habibie, MSc (1936–2019) |
21 Mei 1998 | 20 Oktober 1999 | Golkar | kosong | ||
Presiden Indonesia yang ketiga. Presiden pertama yang berasal dari luar Jawa. Mengambil alih kekuasaan selepas peletakan jawatan Suharto. Memimpin Indonesia dalam transisi menuju demokrasi. Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan selepas sebuah referendum. Membebaskan ribuan tahanan politik. Memutuskan untuk tidak bertanding lagi. | |||||||
4 | KH. Abdurrahman Wahid (1940–2009) |
20 Oktober 1999 | 23 Julai 2001 | Parti Kebangkitan Bangsa | Megawati Soekarnoputri | ||
1999 – 54.37% | |||||||
Presiden Indonesia yang keempat. Bekas ketua pengerusi Nahdlatul Ulama. Masa jawatannya diwarnai dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa. Memansuhkan undang-undang diskriminatif terhadap kaum Cina Indonesia. Mencuba untuk melaksanakan pembaharuan angkatan bersenjata dan mencabut kuasa politiknya. Berusaha untuk membubarkan Parliment, namun pada akhirnya dipecat oleh badan tersebut. | |||||||
5 | Ir. Hj. Megawati Soekarnoputri (1947–) |
23 Julai 2001 | 20 Oktober 2004 | Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan | Hamzah Haz | ||
Presiden Indonesia yang kelima. Presiden perempuan pertama. Anak perempuan Soekarno. Mengambil alih jawatan presiden selepas pemecatan Wahid. Memimpin pemulihan ekonomi nasional. Melancarkan serangkaian usaha anti-pengganas selepas Bom Bali 2002 oleh Jemaah Islamiyah. Kalah dalam pilihan raya 2004 kepada bekas menterinya. | |||||||
6 | Gen. (TNI) H. Susilo Bambang Yudhoyono (1949–) |
20 Oktober 2004 | 20 Oktober 2014 | Parti Demokrat | Jusuf Kalla | ||
Boediono | |||||||
2004 – 60.62% 2009 – 60.80% | |||||||
Presiden Indonesia yang kelima dan yang pertama dipilih langsung oleh rakyat. Indonesia menjadi ahli G-20. Terpilih kembali pada 2009. Menubuhkan Bali Democracy Forum dan menjadi ahli pengasas Open Government Partnership. Memimpin pertumbuhan ekonomi yang konsisten. Pada masa jawatan keduanya, Parti Demokrat mengalami serangkaian skandal rasuah. | |||||||
7 | Ir. H. Joko Widodo (1961–) |
20 Oktober 2014 | Penjawat | Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan | Jusuf Kalla | ||
Ma'ruf Amin | |||||||
2014 – 53.15% 2019 – 55.5% | |||||||
Presiden Indonesia yang ketujuh. Bekas Gabenor Jakarta dan Datuk Bandar Surakarta. |
Mantan Presiden Indonesia yang masih hidupSunting
Nama | Tempoh menjabat | Kelahiran |
---|---|---|
Megawati Sukarnoputri | 23 Januari 1947 | |
Susilo Bambang Yudhoyono | 9 September 1949 |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Megawati berpendapatan Rp 112 Juta, Lebih Besar dari Gaji Tuan Presiden". KOMPAS. 28 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018.
- ^ Soekarno menyerahkan kekuasaan kepresidenan kepada Soeharto pada 11 Mac 1966 lewat sebuah surat yang dikenal dengan nama Supersemar, namun ia secara rasmi masih menjabat sebagai Presiden sampai Parlimen mencabutnya pada bulan Mac 1967.