Presiden Iran merupakan ketua kerajaan Republik Islam Iran. Setiap presiden dilantik melalui pilihan raya dan akan memimpin kerajaan Iran selama empat tahun.Jawatan Presiden dikosongkan kerana kematian Ebrahim Raisi akibat nahas helikopter pada 19 Mei 2024 dan akan diumumkan penerusnya pada waktu yang akan ditetapkan kelak.


Republik Islam Iran
Lambang Republik Islam Iran
Penyandang
Dr Masoud Pezeshkian
sejak 6 Julai 2024
Anggota bagiKabinet Iran Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaIran Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanSa'dabad Palace (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehHak mengundi sejagat Sunting nilai ini di Wikidata
Tempoh jawatan4 tahun, boleh diperbaharui sekali
Dibentuk4 Februari 1980 Sunting nilai ini di Wikidata
Timbalan/naibVice President of Iran (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
SenaraiSenarai Presiden Iran Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webPejabat Presiden
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Iran adalah jawatan tertinggi yang dilantik rasmi dalam Republik Islam Iran, jawatan kedua tertinggi di Iran. Menurut Perlembagaan Republik Islam Iran presiden bertanggungjawab untuk "fungsi-fungsi eksekutif", seperti menandatangani perjanjian-perjanjian, perjanjian-perjanjian antara bangsa dan sebagainya. dengan negara-negara lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; perancangan negara dan bajet pekerjaan dan urusan rasmi; melantik menteri-menteri, gabenor-gabenor, dan duta-duta tertakluk kepada kelulusan parlimen.

Berbeza dengan negara lain, Presiden Iran tidak mempunyai kawalan penuh terhadap dasar luar, pasukan bersenjata, atau dasar nuklear Iran kerana ia di bawag kawalan Pemimpin Tertinggi.

Pilihan raya Presiden Iran 2005 pada 3 Ogos 2005 dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad. Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 turut dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad walaupun dipertikaikan oleh calon lawan.

Syarat menjadi presiden

sunting

Presiden Iran dipilih untuk tempoh empat tahun. Pengundi mestilah beruur 18 tahun. Calon kepresidenan mesti diluluskan oleh 12 anggota Majlis Pengawal Revolusi. Separuh ahli Majlis dilantik oleh Pemimpin Tertinggi bagi mengekalkan fungsi dan nilai Republik Islam Iran.

Menurut perlembagaan Iran, syarat menjadi presiden mestilah:

  • Berasal daripada Iran;
  • Kewarganegaraan Iran;
  • Keupayaan untuk pentadbiran dan kepintaran;
  • Rekod lampau yang baik;
  • Kebolehpercayaan dan iman; dan
  • Kepercayaan terhadap prinsip asas Republik Islam Iran dan mazhab negara itu.
  • Seorang Islam Syiah mazhab Dua Belas Imam.

Majlis berkuasa membatalkan calon-calon yang adalah dianggap tidak boleh diterima. Dalam pilihan raya Presiden Iran 1997, hanya empat daripada 238 calon presiden diluluskan oleh majlis. Pemerhati Barat secara rutin mengecam tindakan fundamentalis Islam konservatif dan menghalang yang tidak sehaluan. Presiden dipilih melalui majoriti mudah .

Majlis Presiden

sunting

Menurut Perlembagaan Iran, apabila Presiden itu mati atau didakwa, Majlis Presiden akan memerintah sehingga satu pilihan raya baru diadakan. Presiden secara automatik menjadi Ketua Majlis Revolusi dan Ketua Majlis Keselamatan Negara.

Senarai Presiden Iran

sunting

Berikut ialah senarai semua Presiden Iran bagi Republik Islam Iran sejak ditubuhkan pada 1980.

      Bebas       Konservatif       Reformis

# Nama Gambar Lahir-Mati Mula Tamat Parti politik Tempoh
1 Abolhassan Banisadr   1933-2021
(98 tahun)
4 February 1980 22 Jun 1981
(didakwa)
Bebas 1
Selang masa ini, 'Majlis Presiden Sementara' memangku jawatan (22 Jun 1981 - 2 Ogos 1981)
2 Mohammad Ali Rajai   1933-1981
(48 tahun)
2 Ogos 1981 30 Ogos 1981
(dibunuh)
Parti Republik Islam
Islamic Republican Party
(Ḥezb-e Jomhūrī-e Eslāmī‎)
2
Selang masa ini, 'Majlis Presiden Sementara' memangku jawatan (30 Ogos 1981 - 13 Oktober 1981)
3 Ali Khamenei   1939- 13 Oktober 1981 16 Ogos 1985 Parti Republik Islam
Islamic Republican Party
(Ḥezb-e Jomhūrī-e Eslāmī‎) sehingga 1987

Persatuan Pejuang Ulama
Combatant Clergy Association
(Jame'e-ye Rowhaniyat-e Mobarez) sejak 1987
3
16 Ogos 1985 3 Ogos 1989 4
4 Akbar Hashemi Rafsanjani   1934-2017
(82 tahun)
3 Ogos 1989 3 Ogos 1993 Persatuan Pejuang Ulama
Combatant Clergy Association
(Jāme'e-ye Rowhāniyyat-e Mobārez)
5
3 Ogos 1993 2 Ogos 1997 6
5 Mohammad Khatami   1943- 2 Ogos 1997 8 Ogos 2001[1] Persatuan Pejuang Ulama
Association of Combatant Clerics
(Majma'-e rowhāniyūn-e mobārez)
7
8 Ogos 2001 3 Ogos 2005 8
6 Mahmoud Ahmadinejad   1956- 3 Ogos 2005 3 Ogos 2009 Barisan Pembina Islam Iran
Alliance of Builders of Islamic Iran
(E'telāf-e Ābādgarān-e Īrān-e Eslāmī)
9
3 Ogos 2009 3 Ogos 2013 10
7 Hassan Rouhani   1948- 3 Ogos 2013 19 Mei 2017 Parti Permodenan dan Pembangunan
Moderation and Development Party
(Hezb-e E'tedāl va Towse'eh‎)
11
19 Mei 2017 2021 12
8 Ebrahim Raisi   1960-2024

(63 Tahun)

3 Ogos 2021 19 Mei 2024

(Meninggal Dunia)

Jemaah Ulama Mujahid 13
9 Dr Masoud Pezeshkian   1954- 6 Julai 2024 kini Bebas 14

Senarai Presiden yang masih hidup

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ (Perancis) La documentation française Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback Machine: "[...] le nouveau Parlement retarde l'investiture du président Khatami qui prête serment le 8 août pour un second mandat de quatre ans."

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.