Presiden Korea Selatan
Presiden Republik Korea, mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, ketua negara Republik Korea, Pengerusi Majlis Negara, dan panglima tertinggi angkatan tenteranya. Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan Presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.
Presiden Republik Korea Selatan
대한민국 대통령 | |
---|---|
![]() | |
Kediaman | Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan |
Pelantik | Terus kepada undi popular |
Tempoh jawatan | 5 tahun (tidak boleh diperbaharui) |
Pemegang sulung | Syngman Rhee 24 Julai 1948 |
Laman sesawang | (Inggeris) english |
Pada 10 Mei 2017, Moon Jae-in dilantik sebagai Presiden Korea Selatan ke-12. Beliau juga merupakan pemimpin dari parti pembangkang, Parti Minjoo dan bekas pemimpin Parti Demokratik Bersatu Korea Selatan.
Keputusan pilihan raya presidenSunting
Pada 9 Mei 2017, Moon Jae-in berjaya memenangi dan dipilih sebagai Presiden Korea Selatan ke-12 dengan majoriti 41.1% menewaskan 2 orang pencabarnya dari Hong Joon-pyo (Parti Konservatif) 24.0% dan Ahn Cheol-soo (Parti Liberal) 21.4%.
Senarai PresidenSunting

Pertama, Ke-2, & Ke-3 — Rhee Syng-man
(berkhidmat: 1948–1960)Ke-4 — Yun Bo-seon
(berkhidmat: 1960–1962)Ke-5, Ke-6, Ke-7, Ke-8, & Ke-9 — Park Chung-hee
(berkhidmat: 1963–1979)Ke-10 — Choi Kyu-hah
(berkhidmat: 1979–1980)Ke-11, Ke-12 — Chun Doo-hwan
(berkhidmat: 1980–1988)Ke-14 — Kim Young-sam
(berkhidmat: 1993–1998)Ke-15 — Kim Dae-jung
(berkhidmat: 1998–2003)Ke-16 — Roh Moo-hyun
(berkhidmat: 2003–2008)Ke-17 — Lee Myung-bak
(berkhidmat: 2008–2013)Ke-18 — Park Geun-hye
(berkhidmat: 2013 - 2017)Ke-19 — Moon Jae-in
(berkhidmat: 10 Mei 2017 - kini)
RujukanSunting
Pautan luarSunting
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.