Presiden Negara Palestin
Presiden Negara Palestin ialah ketua negara bagi Negara Palestin. Yasser Arafat menjadi Presiden pertama Negara Palestin pada namanya sahaja pada 1989, setahun selepas pengisytiharan kemerdekaan. Jawatan tersebut asalnya pada nama sahaja, beriringan dengan jawatan de facto Presiden Pihak Berkuasa Palestin. Kedua-dua fungsi jawatan ini disandang oleh Yasser Arafat dari tahun 1994 hingga kamtiannya pada November 2004. Ia kemudiannya disambung oleh penggantinya, Mahmud Abbas. Pada Januari 2005, Majlis Pusat Pertubuhan Pembebeasan Palestin (PLO) meminta Mahmud Abbas untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Negara Palestin.[1] Pada November 2008, Majlis Pusat PLO meluluskan penyambungan tugas Mahmud Abbas sebagai Presiden Negara Palestin.[2] Sejak 2013, Jawatan Presiden Negara Palestin menjadi satu-satunya jawatan untuk Presiden bagi Palestin.
Presiden Palestin | |
---|---|
رئيس دولة فلسطين | |
Bidang kuasa | Negara Palestin |
Kediaman | Ramallah |
Tempoh jawatan | 4 tahun Diperbaharui |
Pelopor | President of the Palestinian National Authority (en) |
Penjawat sulung | Yasser Arafat |
Dibentuk | 2 April 1989 |
Tapak web | president.ps |
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai Presiden Palestin
suntingNo. | Gambar | Nama (Lahir-Mati) |
Tempoh berkhidmat | Parti politik | |
---|---|---|---|---|---|
1. | Yasser Arafat (1929–2004) |
2 April 1989 | 11 November 2004 (meninggal semasa menjawat) |
Fatah | |
Kosong (11 November 2004 – 8 Mei 2005) | |||||
2. | Mahmud Abbas (1935-) |
23 November 2008 (pemangku sejak 8 Mei 2005 ) |
Sekarang | Fatah |
Sejarah
suntingPejabat Presiden ditubuhkan pada 2003 bagi mengurus aktiviti harian Palestin. Urusan eksekutif kerajaan diletakkan di bawah Perdana Menteri Palestin.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaacting_2005
- ^ PLO body elects Abbas ′president of Palestine′, AFP, 23 November 2008