Presiden Yunani

Presiden Republik Yunani (Bahasa Yunani: Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας, Próedros tis Ellinikís Dimokratías), atau Presiden Yunani, merupakan ketua negara Yunani. Presiden dipilih oleh Parlimen negara tersebut, dan kebanyakan peranannya bersifat seremonial sejak pembaharuan perlembagaan yang dilakukan pada tahun1986 pembaharuan perlembagaan. Jawatan ini ditetapkan secara rasminya melalui Perlembagaan Yunani pada tahun 1975, namun pernah didahulukan Republik Yunani Kedua dari 1924-35 dan republik junta tentera pada 1973-74.

Presiden Republik Yunani
Πρόεδρος της Ελληνικής Δημοκρατίας
Flag of the President of Greece.svg
Panji Presiden
Sergio Mattarella and Greek President Sakellaropoulou at the 16th Arraiolos meeting (4) (cropped).jpg
Penyandang
Katerina Sakellaropoulou
sejak 13 March 2020
GelaranYang Terutama
KediamanKediaman Presiden, Athens
PelantikParlimen Yunani
Tempoh jawatanLima tahun
boleh diperbaharui sekali
Surat cara pembentukanPerlembagaan Yunani
Pemegang sulungIoannis Kapodistrias (sebagai Gabenor)

Pavlos Kountouriotis (Republik Kedua)

Michail Stasinopoulos (Republik Ketiga)
Pembentukan25 Mac 1924
18 Disember 1974
Gaji€138,732 setahyn
Laman sesawanghttp://www.presidency.gr/

Penyandang jawatan ini ialah Katerina Sakellaropoulou sejak 13 Mac 2020.

Kuasa yang dipegangSunting

Presiden merupakan panglima tertinggi Tentera Yunani dan menduduki tempat pertama dalam keutamaan arahan negara. Walaupun penjawat diberikan kuasa yang begitu besar seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tahun 1974, peranan yang diambilnya bersifat istiadat semata-mata manakala Perdana Menteri Yunanilah merupakan ketua eksekutif pemerintah serta tokoh politik terkemuka di negara tersebut. Peranan presiden dalam jawatannya dikuatkuasakan oleh pindaan yang dibuat pada Perlembagaan tersebut pada 1986, yang mengurangkan kuasa rasminya.