Presidium Tertinggi Soviet

Presidium Majelis Agung (Rusia: Президиум Верховного Совета, Prezidium Verkhovnogo Soveta) ialah lembaga pemerintahan di Kesatuan Soviet yang menjadi bahagian tetap Majlis Agung. Lembaga ini memiliki peringkat kebangsaan (Presidium Majlis Agung Kesatuan Soviet) serta di setiap republik dan republik autonomi. Susunan dan fungsi presidium di semua republik mempunyai persamaan satu sama lain.[1] Anggota presidium dipilih oleh para anggota Majlis Agung untuk mewakili mereka semasa parlimen tidak bersidang. Pejabat ketua presidium secara de jure merupakan ketua negara.

Presidium Majlis Agung Kesatuan Soviet sunting

Anggota Presidium Majliis Agung Kesatuan Soviet dipilih oleh para anggota Dewan Kesatuan dan Dewan Kebangsaan yang terdiri atas seorang ketua, 15 wakil dari setiap republik di Kesatuan Soviet, seorang setiausaha, dan 20 anggota. Presidium bertanggungjawab kepada Majlis Agung Kesatuan Soviet terhadap semua kegiatan yang dilakukannya.

Rujukan sunting