Presint 16, Putrajaya

Presint 16 ialah sebahagian dari Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kawasan ini adalah kawasan ketiga dibuka oleh Putrajaya Holdings Sdn.Bhd. Kawasan ini asalnya dikelilingi oleh ladang kelapa sawit.

Dari segi lokasi Presint 16 terletak di selatan Presint 11, di barat Presint 2 dan di kawasan Presint 15. Keluasan Presint 16 ialah 155.4 hektar bentuk muka bumi di kawasan ini ialah tanah pamah beralun. Presint 16 dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti medan seleral, surau, kolam renang, komuniti dan sebagainya. Kawasan ini juga berhampiran pusat membeli-belah iaitu Alamanda.

Presint 16, Putrajaya bersempadan dengan bandar terdekat seperti Kajang dan Serdang iaitu masing-masing 15 km dan 7 km. Manakala jarak Presint 16 ke Bandar Raya Kuala Lumpur ialah 35km yang mengambil masa perjalanan kira-kira 35 minit.