Pretoria adalah ibu negara Afrika Selatan dan juga pusat pentadbiran negara ini. Ia terletak 50 km di utara Johannesburg dan berada di dalam wilayah Gauteng. Secara umumnya, Pretoria dianggap sebagai ibu negara Afrika Selatan tetapi ia juga berperanan sebagai pusat pentadbiran negara ini. Nama lain bagi Pretoria ialah Tshwane.

Pretoria
Tshwane
Latar langit Pretoria sewaktu siang
Latar langit Pretoria sewaktu siang
Latar langit Pretoria sewaktu siang
Bendera Pretoria
Bendera
Mohor rasmi bagi Pretoria
Mohor
Moto: Praestantia Praevaleat Pretoria
Bahasa Melayu: Semoga Pretoria Terkenal dengan Kecemerlangannya
Fail:Johannesburg.GIF
Negara Afrika Selatan Afrika Selatan
Penubuhan 1855
Taraf bandar raya 1931
Kerajaan
 - Datuk bandar Randall William
Kawasan
 - Bandar 634.8 batu persegi (1,644 km²)
Kepadatan (2018)
 - Bandar 2,472,612
 - Metro 2,921,488
Zon masa SAST (UTC+2)
Min waktu suriaUTC+06:46:48
Laman web: http://www.pretoria.co.za/

Beberapa dekad lalu, bandar ini dikecam hebat kerana menjadi pusat pentadbiran rejim aparteid. Kini, bandar Pretoria merupakan tempat pelbagai kaum dan budaya dengan beberapa pusat teater dan muzium dan juga merupakan bandar sains dan teknologi. Di sini terdapat empat universiti temasuk Majlis Penyelidikan Sains dan Industri (CSIR) dan Institut Penyelidikan Veterinar Onderstepoort, dua buah universiti yang terkenal di dunia.

Ia merupakan antara kota utama yang menjadi hos acara Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

Sejarah sunting

Penamaan sunting

Fail:Pretorius.jpg
Patung Andries Pretorius di Pretoria

Ia dinamakan sempena Andries Pretorius, seorang pemimpin Voortrekker yang berjaya dalam pertempuran Sungai Darah menentang kerajaan Zulu.[1] Anaknya Marthinus Pretorius merupakan pengasas kota ini pada 1855 oleh sebagai ibu negeri Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau "Republik Afrika Selatan", iaitu republik Boer di wilayah Transvaal.

Sebelum nama Pretoria dipilih, beberapa nama lain telah dicadangkan seperti Pretoriusdorp, Pretorium, Pretoriusstad dan Pretoria-Philadelphia, namun Volksraad atau Dewan Rakyat ZAR bersetuju atas pemberian nama Pretoria lalu merasmikan ia pada 16 Disember 1855 dan hingga ke hari ini ia dianggap sebagai Hari Pretoria.

Peranan Andries Pretorius merupakan lambang penindasan bagi kaum kulit hitam, apabila mereka berkuasa pada 1995, mereka memberi nama baharu kepada Pretoria iaitu Tshwane. Nama Tshwane adalah sebenarnya nama asal bandar ini sebelum ia dijajah oleh pihak Afrikaner. Walaupun begitu ramai rakyatnya membantah penukaran nama tersebut. Antaranya termasuklah Jawatankuasa Bertindak Awam Pretoria (PCAC) - yang menggabungkan ahli perniagaan, persatuan sekerja dan organisasi masyarakat - telah membantah penukaran nama bandar Pretoria kepada Tshwane. Kumpulan ini sanggup berkompromi dengan membenarkan Majlis Metropolitan dipanggil Tshwane, manakala alamat pos masih kekal sebagai Pretoria.

Perkembangan sunting

Pretoria dinaik taraf menjadi pusat kerajaan pada 1 Mei 1860. Pada 14 Oktober 1931, Pretoria diberi pengiktirafan sebagai bandar raya dan apabila Afrika Selatan menjadi republik, Pretoria kekal sebagai pusat pentadbiran negara.

Pernah adanya bandar Potchefstroom (sebuah bandar sederhana besar yang terletak 300km di barat Johannesburg) telah bertanding untuk status ibunegara ZAR tetapi telah gagal, dan Volksraad (parlimen) telah ditubuhkan di Pretoria. Akibatnya berlakulah perhubungan yang kerap tegang di antara industri perlombongan emas di Johannesburg dengan kerajaan pusat Republik Afrika Selatan (ZAR). Namun, pemimpin Boer di Pretoria telah berjaya mengawal industri emas, malah mengaut keuntungan yang banyak daripada industri tersebut.

Banyak peristiwa hitam telah berlaku di sini. Bandar raya ini telah menyaksikan beberapa peperangan penting seperti Perang Boer Pertama dan Perang Boer Kedua. Perang Boer Kedua (1899 ke 1902) telah menamatkan Republik Afrika Selatan dan merupakan titik permulaan hegemoni British di Afrika Selatan. Sewaktu perang, Winston Churchill yang pada waktu itu bertugas sebagai wartawan perang pernah dipenjarakan di Staats Model School di sini. Walaupun begitu, beliau berjaya melepaskan diri ke Mozambique. Masyarakat Pretoria akhirnya menyerah kalah kepada tentera British di bawah pimpinan Frederick Sleigh Roberts, pada 5 Jun 1900 dan konflik ini ditamatkan di Pretoria dengan termetarainya Perjanjian Vereeniging pada 31 Mei 1902.

Bandar raya ini juga terkenal sebagai pusat regim aparteid. Antara kekejaman yang pernah berlaku termasuklah penghukuman mati aktivis termuda pergerakan anti-aparteid, Solomon Mahlangu yang telah dihukum gantung pada 6 April 1979; kini sebuah monumen telah didirikan untuk mengingati jasanya.

Ekonomi sunting

 
Sebuah bangunan di kampus utama UNISA sebuah universiti terbuka bertaraf mega universiti di Pretoria

Bandar raya Pretoria merupakan ekonomi ketiga terbesar di Afrika Selatan selepas Cape Town dan Johannesburg. Oleh sebab Pretoria merupakan ibu negara Afrika Selatan, sebahagian besar rakyat di sini bekerja dalam bidang pentadbiran dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan kerajaan. Bandar raya ini juga terkenal dengan industri besi dan keluli, di samping industri lain seperti seramik, pemprosesan makanan serta bahan kimia. Ia juga merupakan hab bagi pengangkutan kereta api dan mempunyai lebuh raya yang menghubungkannya dengan Johannesburg serta bandar raya utama lain di Afrika Selatan dan negara jiran seperti Mozambique. Walaupun Pretoria terkenal sebagai pusat pentadbiran negara, ia juga boleh dikatakan sebagai pusat pendidikan yang utama dengan terdapatnya beberapa universiti penting seperti University of Pretoria dan sebuah universiti terbuka iaitu University of South Africa (UNISA).

Tempat Menarik sunting

 
Union Buildings parlimen kerajaan Afrika Selatan

Oleh sebab Pretoria merupakan pusat kelahiran kerajaan Afrikaner di Afrika Selatan ia tidak dapat lari daripada pengaruh bangsa kulit putih ini. Antara orang yang terkenal di sini ialah Paul Kruger iaitu salah seorang pengasas kerajaan Afrikaner. Patungnya boleh kelihatan di tengah-tengah Church Square.

Muzeum sunting

Hutan Simpanan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Raper, Peter E. (1987). Dictionary of Southern African Place Names. Internet Archive. m/s. 373. Dicapai pada 28 August 2013.
  • Diterjemahkan daripada "Protests as South Africa plans to rename capital Tshwane",

(Protes sewaktu Afrika Selatan bercadang menamakan semula ibunegara Tshwane), Afrol News, 9 Mac 2006