Futari wa Pretty Cure

(Dilencongkan dari Pretty Cure)

Futari wa Pretty Cure (ふたりはプリキュア Futari wa Purikyua) adalah siri anime dari Jepun. Siri anime in pernah disiarkan di Malaysia melalui saluran ntv 7 pada setiap hari Sabtu jam 9:30 pagi.

Futari wa Pretty Cure
GenreMagical girl
Anime
PengarahDaisuke Nishio
StudioToei Animation
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Asahi
Jerman RTL II
Itali Rai Due
Sepanyol Cuatro
Korea Selatan SBS, Anione/Champ
Taiwan ETTV Yoyo
Hong Kong TVB Jade
Australia ABC Kids
Kanada YTV
Malaysia Ntv7
Singapura MediaCorp TV12 Central
Filipina Hero TV
Syria Spacetoon
Perancis Boing
Dikeluarkan padaFebruary 1 2004January 29 2006
Anime
StudioToei Animation
Dikeluarkan pada16 April 2005
Anime
StudioToei Animation
Dikeluarkan pada10 Disember 2005
Portal Anime dan Manga

Plot sunting

Siri Pretty Cure asal yang diarah oleh Daisuke Nishio (Dragon Ball, Dragon Ball Z, Air Master) muncul dalam TV Asahi pada 1 Februari 2004. Ceritanya berkisahkan dua gadis sekolah menengah, Nagisa Misumi dan Honoka Yukishiro, yang melawan kuasa jahat Dusk Zone - satu dimensi kejahatan yang menyelubungi Taman Cahaya. Kuasa Zon dibentukkan menjadi makhluk Zakenna (ザケンナー Zakennā) yang merasuk orang atau benda untuk menjadikan mereka makhluk jahat.

Tindakan Dusk Zone memaksa pelarian dua daripada pelindung Taman Cahaya, dua makhluk celupar bernama Mipple dan Mepple. Mereka berfungsi sebagai sumber maklumat dan celahan perbualan dalam siri ini, dan juga dijumpai dalam alat penukaran wajah kedua-dua gadis tersebut yang kelihatan seperti telefon bimbit. Mipple dan Mepple tidak berfungsi sebagai telefon bimbit, sebaliknya mereka cuma alat bertukar badan. Bagi jangka masa yang singkat mereka boleh berubah kepada bentuk asal mereka dan lebih mudah berinteraksi antara satu sama lain. Arka pertama siri ini melihatkan Cure White dan Cure Black mencari Batu Prisma, lalu meletakkannya dalam alat berbentuk hati yang dikenali sebagai Hopeish Prisma. Hopeish ini dilindungi oleh pelindung bernama Wisdom. Setelah menjumpai kesemua batu prisma tersebut, kuasa Hopeish membawa pasangan Pretty Cure ke Taman Cahaya dan memulihkan kebanyakan kerosakan yang dilakukan oleh Dusk Zone.

Pada bahagian lanjut siri ini, munculnya Porun, Putera Taman Cahaya yang boleh bertukar bentuk menjadi benda seakan-akan komputer mudah alih atau sesuatu sistem permainan yang disertakan alat kawalan dan tetikus. Wisdom meletakkan kuasa Batu-Batu Prisma ke dalam Porun dan apabila Porun diancam, dia melepaskan kuasa dari mulutnya, lalu memberi Rantai Tangan Pelangi kepada Pretty Cure. Rantai-rantai ini menguatkan mereka secara fizikal dan membekalkan mereka dengan teknik serangan yang baru. Porun juga mahir melakukan firasat. Selalunya ketika tidur atau secara rambang dia muncul secara tiba-tiba dan memberitahu sesuatu kepada Pretty Cure dan mereka perlu cuba memahami maksud firasat itu. Dia boleh menghubungi Taman Cahays dan kebanyakan rakyatnya melalui kuasa Batu Prisma.

Pautan luar sunting

Laman web rasmi
Laman web bukan rasmi