Prijono (lahir di Yogyakarta, 20 Julai 1905 – meninggal 6 Mac 1969 pada umur 63 tahun)[1] politikus dan cendekiawan Indonesia yang pernah menjawat sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, dilantik pada tahun 1957.[2][3] Pada bulan Disember 1954, beliau dianugerahi Penghargaan Perdamaian Stalin oleh Kesatuan Soviet[4] dan pada 1959 dengan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Prijono
Prijono.jpg
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia
Dalam jawatan
14 Mac 1957 – 28 Mac 1966
PresidenSoekarno
Didahului olehSarino Mangunpranoto
Digantikan olehSarino Mangunpranoto
Butiran peribadi
Lahir20 Julai, 1905
Yogyakarta, Hindia Belanda
Meninggal dunia6 Mac, 1969
Indonesia
Parti politikParti Murba
Anak-anakAmi Prijono
Alma materUniversiti Leiden[1]

Karier politikSunting

Prijono adalah salah satu tokoh penting Parti Murba dan Jawatankuasa Perdamaian Indonesia.[4] Sejak Deklarasi Presiden tahun 1959, Prijono yang menjawat menteri PP dan K mengeluarkan Panduan Nombor Satu tahun 1959 tentang Sapta Usaha Tama yang dikandungi; 1. Menertibkan radas dan usaha-usaha Kementerian PP dan K 2. Menggiatkan kesenian 3. Mengharuskan usaha halaman 4. Mengharuskan penabungan 5. Mewajibkan usaha-usaha koperasi 6. Mengadakan kelas masyarakat 7. Membentuk gerak kerja di kalangan SLA dan universiti.

Disusul selepas itu ialah Panduan Nombor 2 tahun 1960 yang menegaskan Pancasila dan Manipol sebagai landasan pendidikan nasional. Pada tahun yang sama pada bulan Oktober, Panca Wardana ditetapkan sebagai sistem Pendidikan Nasional Indonesia. adapun isi dari Panca Wardana itu sendiri adalah 1. Perkembangan Cinta Bangsa dan Tanah Air, Moral, Nasional/ Antarabangsa/ Keagamaan 2. Perkembangan Cendekiawan 3. Perkembangan Emosional, Artistik atau Rasa Keharuan dan Keindahan Lahir Batin 4. Perkembangan Kerajinan Tangan 5. Perkembangan Jasmani. Gagasan ini paling tidak telah dipersetujui oleh Sukarno sebagai Pemimpin Besar Revolusi seperti yang diakuinya sendiri dalam pidatonya

Tahun 1965 terjadi huru hara politik yang hampir semua kekuatan golongan kiri Indonesia mulai disingkirkan perlahan-lahan dan pada tanggal 16 Mac, 1966, dia diculik oleh aktivis yang terlibat dalam Gerakan Mahasiswa Islam Indonesia KAPPI dan Laskar Arief Rahman Hakim untuk dibawa ke markas Kostrad.[5] Dia kemudian tahunnya pada tahun 1969, beliau meninggal dunia. Perkahwinannya membuahkan seorang anak lelaki bernama Lembu Amiluhur Prijono atau Ami Prijono yang kemudian menjadi pelakon pada era 1970-an.

Ortografi MELINDOSunting

Pada tahun 1954 Prijono menyampaikan cadangan untuk ortografi baharu bagi Bahasa Indonesia. Prijono mencadangkan gabungan huruf seperti 'nj' dan 'ng' digantikan dengan aksara IPA. Ortografi yang sama, 'Ejaan Kongres', turut diguna pakai di Semenanjung Melayu. Kerajaan Indonesia melantik Prijono sebagai pengerusi jawatankuasa pengejaan. Pada tahun 1960 sistem ortografi Prijono adalah asas cadangan MELINDO untuk ortografi Melayu-Indonesia bersama. Kerajaan Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan ortografi MELINDO, tetapi projek itu menemui jalan mati kerana hubungan antara kedua-dua negara menjadi semakin buruk disebabkan Konfrontasi.[6]

PenghargaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Vickers, Adrian. 2007. A History of Modern Indonesia. Cambridge: Cambridge University Press, hlm. 146-147.
  2. ^ Lev, Daniel S. 2009. The Transition to Guided Democracy: Indonesian Politics, 1957-1959. Jakarta: Equinox Publishing, hlm. 35.
  3. ^ Mujiburrahman. 2006. Feeling Threatened: Muslim-Christian Relations in Indonesia's New Order. Leiden: ISIM, hlm. 228-229.
  4. ^ a b Australian Institute of International Affairs. 1958. The Australian Outlook, Volume 12-13. Sydney: Australian Institute of International Affairs, hlm. 265.
  5. ^ Crouch, Harold. 2007. The Army and Politics in Indonesia. Equinox Publishing (Asia), hlm. 194.
  6. ^ Sebba, Mark. Spelling and Society The Culture and Politics of Orthography Around the World. Cambridge, UK: Cambridge University Press, 2007. p. 92
  7. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF).