Diterbitkan pada 1951, The Cronicles of Narnia: Prince Caspian: The Return to Narnia atau singkatannya "Prince Caspian" (Putera Caspian) merupakan ciptaan kedua pengarang C. S. Lewis bagi The Chronicles of Narnia.

Buku / Novel
Prince Caspian
Siri (asal):  kedua
(kronologi):  keempat
Pengarang Asal C. S. Lewis
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 0-06-440944-9
Kod Buku -
Saiz 5-1/8 x 7-5/8, 240 muka
Genre Tidak diketahui
Terbitan Zondervan
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Inggeris
Tahun Keluaran (sempena 50 tahun):2000
Bilangan Muka Surat Tidak diketahui
Harga Tidak diketahui



Sinopsis sunting

Buku ini mengisahkan kembalinya adik-beradik Pevensie ke Narnia buat kali kedua apabila mereka mendapati seorang raja yang jahat dari Telmar telah menguasai Narnia. Pemerintah asing ini cuuba membunuh semua membunuh makhluk ajaib di Narnia tetapi masih terdapat banyak lagi yang bersembunyi di ceruk pendalaman. Keempat-empat kanak-kanak itu cuba membantu Putera Caspian yang masih muda menguruskan tentera Haiwan yang Bertutur, dan, dengan pertolongan sang singa yang hebat, Aslan, Narnia sekali lagi dibebaskan dari belenggu kejahatan.

Ringkasan plot sunting

Pada tahun 1941, empat beradik Pevensie, Peter, Susan, Edmund dan Lucy, menunggu kereta api di stesen untuk pulang ke sekolah asrama masing-masing dan ketika itu mereka tiba-tiba terasa seolah-olah wujud satu tarikan sihir dan mereka di bawa ke Narnia dan mendapati lebih seribu tahun telah berlalu sejak mereka memerintah sebagai raja dan permaisuri (dalam The Lion, the Witch and the Wardrobe).

Mereka tiba di puing istana Cair Paravel di sebuah pulau di pantai Laut Timur. Mereka meneroka dan menemui kembali harta dan hadiah yang mereka dapat daripada Bapa Krismas. Edmund tidak mendapat hadiah dahulu maka dia hanya mengambil sebilah pedang tetapi Susan tidak menemui semboyannya, yang ditinggalkan ketika hari terakhir mereka di Narnia dahulu. Mereka kemudian menyelamatkan seorang kerdil dipanggil Trumpkin. Beberapa bab kemudian mengisahkan Trumpkin meyakinkan adik-beradik Pevensie dengan perkara terkini.

Dia menerangkan bahawa kebanyakan sihir lama telah hilang dan di"tamadunkan" oleh bangsa manusia dari Telmar dan Telmarine takut dan mengasingkan tanah sekitar Cair Paravel. Penghuni lama negara tersebut, haiwan bertutur, orang kerdil dan makhluk ajaib lain, telah dihalau ke kawasan liar, tempat persembunyian mereka.

Jururawat Putera Caspian telah dihalau kerana menceritakan tentang Narnia Lama. Kemudian, Putera itu mendapat seorang tutor, Dr. Cornelius. Pada satu malam mengejutkan Caspian, kerana hendak menunjukkan kedudukan planet yang jarang berlaku dari menara yang terbiar, tetapi sebenarnya dia hendak memberitahu Caspian untuk menceritakan hal yang sebenar tentang Narnia Lama. Ketika perbualan mereka, Cornelius mendedahkan yang diri dia ialah separuh manusia separuh orang kerdil. Caspian sangat teruja tetapi Cornelius mengingatkannya supaya berhat-hati, dan pelajaran seterusnya dijalankan dalam keadaan yang penuh sulit dan rahsia.

Kemudian, Dr. Cornelius mengejutkan Caspian dengan berita menggemparkan yang Ratu Prunaprismia telah melahirkan zuriat dan Miraz (yang sebelum ini tiada anak, dan agak bertolak ansur untuk menyerahkan takhta kepada anak saudaranya itu) kini hendak membunuhnya supaya anaknya akan mewarisi takhta. Cornelius memberikan Caspian semboyan ajaib yang ditinggalkan Susan berzaman lamanya. Caspian melarikan diri daripada istana, dan ketika menunggang melalui hutan ketika ribut lebat, kepalanya terkena dahan pokok dan jatuh.

Memerang bercakap dan dua orang kerdil (dalah satunya ialah Trumpkin; dan satu lagi bernama Nikabrik), yang dalam persembunyian, menemui Caspian dan menjaganya. Mereka menunjukkan kepadanya "Narnia lama" yang menjemputnya ke majlis perang di Dancing Lawn. Dr. Cornelius tiba di sana dan memberitahu yang Raja telah mengetahui tentang pelarian Caspian dan ingin mencarinya. Narnia Lama mula bekerja keras untuk menentang Miraz, memandangkan Caspian bersumpah untuk menjadi Raja mereka yang setia. Satu kumpulan gerila perang diwujudkan tetapi tidak menjadi. Caspian dan Narnia Lama melarikan diri ke Aslan's How untuk mendirikan khemah. Tentera Miraz mengepung guar tanah yang meliputi Meja Batu iaitu tempat Aslan mati di tempat Edmund, dan walaupun cara begini agak meragukan, kekalahan pasti tidak dapat dielakkan. Maka, dengan pertolongan yang dijanjikannya, Putera Caspian meniup semboyan ajaib Ratu Susan, yang (tanpa diketahuinya) membawa adik-beradik Pevensie ke Narnia. Trumpkin mengatakan yang dia akan ke Cair Paravel dan melihat sama ada mereka tiba di sana. Begitulah cerita Trumpkin.

Selepas adik-beradik Pevensie meyakinkan Trumpkin bahawa, walaupun kanak-kanak, merekalah yang dicari, lalu kelima-lima mereka menujuk ke Aslan's How. Dalam perjalanan, mereka terjumpa dengan Aslan, sang singa. Bertindak mengiku arahannya, Peter, Edmund, dan Trumpkin membantu Caspian melawan kebayan, serigala jadian dan orang kerdil (Nikabrik - kesabarannya terhadap CAspian telah pudar) yang memikirkan untuk memanggil Penyihir Putih, Jadis untuk membantu dalam peperangan. Susan dan Lucy membantu Aslan memulihkan Dryad, Naiad, Hamadryad, dan Silvans dan membebaskan mereka daripada ikatan supaya mereka ada ramai orang yang menyertai peperangan.

Pertarungan tamat dengan kemenangan beroleh kepada Peter kerana Miraz tersandung dan tidak sedarkan diri. Salah seorang penasihat terdekat Miraz mengumumkan yang pengkhianatan telah berlaku, lalu peperangan telah berlaku antara dua bala tentera. Miraz dibunuh oleh Lord Glozelle, yang merancang untuk menentangnya dengan seorang lagi penasihat bernama Lord Sopespian sebelum peperangan. Mulanya, Narnia Lama amat sedikit tetapi Aslan telah membangunkan roh pokok dan sungai. Selepas pertarungan awal, Telmarine telah menuju ke Ford of Beruna. Aslan memahkotakan Caspian sebagai Raja Narnia. Ketua tikus yang dipanggil Reepicheep dibawa menghadap Aslan dan didapati dia cedera parah. Lucy menggunakan kordial penyembuhnya yang masih berguna, menyelamatkan nyawanya.

Tetapi tikus itu telah kehilangan ekornya dan merayu untuknya. Rayuannya telah didengar pengikutnya dan mereka rela mengorbankan ekor mereka dari melihat ketua mereka ketiadaan maruah. Aslan mengembalikan ekornya selepas melihat kesetiaan da kebaikan kaumnya di Meja Batu dahulu. Kanak-kanak tersebut pulang ke dunia mereka setelah pintu dijelmakan dari tiga batang kayu oleh Aslan (dan kebanyakan Telmarine juga pulang melalui pintu itu ke dunia mereka). Aslan memberitahu Peter dan Susan bahawa mereka tidak akan kembali lagi ke Narnia kerana mereka terlalu tua.

Caspian muncul kembali (sebagai Raja Caspian) dalam buku seterusnya: The Voyage of the Dawn Treader dan The Silver Chair dan muncul secara ringkas dalam penghujung The Last Battle.

Tajuk bab sunting

  1. The Island - Pulau
  2. The Ancient Treasure House - Rumah Harta Lama
  3. The Dwarf Tells of Prince Caspian - Si Kerdil Memberitahu tentang Putera Caspian
  4. Caspian's Adventure in the Mountains - Cabaran Caspian di Pergunungan
  5. The People that Lived in Hiding - Mereka yang Hidup dalam Persembunyian
  6. Old Narnia in Danger - Narnia Lama dalam Bahaya
  7. How They Left the Island - Bagaimana Mereka Meninggalkan Pulau Itu
  8. What Lucy Saw - Apa yang Lucy lihat
  9. The Return of the Lion - Kembalinya Sang Singa
  10. The Lion Roars - Ngauman Sang Singa
  11. Sorcery and Sudden Vengeance - Sihir dan Dendam yang Tiba-tiba
  12. The High King in Command - Raja Tertinggi Bertitah
  13. How All Were Very Busy - Alangkah Semuanya Sangat Sibuk
  14. Aslan Makes a Door in the Air - Aslan Menjelmakan Pintu di Udara