Putera Tenis

(Dilencongkan dari Prince of Tennis)

Putera Tenis (Jepun: テニスの王子様 Tenisu no Ōjisama; bahasa Inggeris: The Prince of Tennis) hasil karya Takeshi Konomi merupakan salah satu judul manga dan anime yang paling masyhur di Jepun. Manganya diterbit di Jepun oleh Shueisha dalam majalahnya Weekly Shonen Jump. Animenya pula telah menemui episod akhirnya di TV Tokyo pada tahun 2005. Anime ini telah disiarkan di Malaysia melalui saluran ntv7.

Putera Tenis
The Prince of Tennis Logo. From left to right: Fuji, Tezuka, Inui, Kaido, Kawamaru, Momoshiro, Kikumaru, Oishi, and Ryoma
GenrePengembaraan, Sukan, Shōnen
Diciptakan olehTakeshi Konomi
Manga
Putera Tenis
PengarangTakeshi Konomi
PenerbitJepun Shueisha
Kanada Amerika Syarikat United Kingdom VIZ Media
Jerman TOKYOPOP
Sepanyol Glénat
Perancis Belanda Quebec Kana
Korea Selatan Daiwon C.I.
Republik China Rightman
Singapura Chuang Yi
Thailand Nation Edutainment
Indonesia Elex Media Komputindo
Malaysia Arena (komik)
Itali Romics
Anime
PengarahTakayuki Hamana
StudioTrans Arts Co., J.C. Staff, Production I.G
Penyiaran AsalJepun Animax, TV Tokyo
Malaysia NTV7
Argentina Mexico Brazil Animax
Filipina QTV
Amerika Syarikat Toonami Jetstream dan Cartoon Network
Republik China Unknown
Chile Animax, Etc...TV
Dikeluarkan pada10 Oktober 200130 Mac 2005
Kerja berkaitan
Portal Anime dan Manga

Kisah sunting

Templat:Spoiler Siri yang bertemakan sukan ini berlatarkan kota Tokyo, di mana watak utamanya, Ryoma Echizen memasuki sekolah menengah rendah Akademi Seishun (Jepun: 青春学園, Hepburn: Seishun Gakuen), singkatannya "Seigaku" (Jepun: 青学)) yang terkenal kerana kelab tenisnya yang mantap dan pemainnya yang berbakat. Namun, Ryoma menunjukkan kehebatannya dengan kemampuannya untuk menewaskan pemain tenis lama dengan pengalamannya merangkul kejuaraan pertandingan tenis junior di Amerika Syarikat sebanyak empat kali. Ryoma bergaul dengan sahabat barunya dan berkongsi taktik bermain tenis agar dapat membantu kelab tenis Seigaku menerajui pertandingan tenis berpasukan sekolah menengah seluruh Jepun.

Watak utama (Ahli Kelab Tenis Seigaku) sunting

Pemain tetap sunting

  • Ryoma Echizen (Jepun: 越前 リョーマ) dilabel sebagai seorang genius dalam sukan tenis pada usia 12 tahun (ketika bermulanya kisah siri manga ini). Dia paling mantap menggunakan kebolehan Twist serve yang mana bola tenis dilambung ke arah muka lawan dalam kelajuan yang tinggi. Meskipun kidal, Twist servenya hanya berkesan apabila dihantar oleh tangan dominan pihak lawannya. Meskipun kadang-kadang berperangai angkuh dan bermegah-megah, Ryoma mampu mempertahankan pendiriannya dengan kemahiran tenisnya. Walaupun pendiam, Ryoma mempunyai cukup ramai kawan. Ryoma mempunyai seorang abang angkat yang bernama Ryoga Echizen...
  • Kunimitsu Tezuka (Jepun: 手塚 国光) merupakan pelajar tingkatan tiga di Seigaku dan kapten kelab tenis sekolah tersebut. Teknik tenis yang paling mahir dikuasainya merupakan Zero-shiki drop shot, yang mana kepala raketnya diturunkan 3.2mm untuk menghelahkan lawannya untuk menyangka dia akan melakukan lantunan normal. Setelah dilantun, bola merentasi jaring dan mendarat sekaki jaraknya dari bawah jaring, di mana teknik khusus tersebut menonjolkan kehebatannya dengan bola itu mengguling ke belakang, agar menghalang pihak lawan daripada membalas.
  • Shuichiro Oishi (Jepun: 大石 秀一郎) merupakan naib kapten kelab tenis Seigaku dan juga pelajar tingkatan tiga. Dia bersikap amat prihatin terhadap prestasi kelabnya. Terkenal dengan gerakan Moon Volley yang mana bola dilantun tinggi-tinggi dan mampu kambali "masuk" dalam bahagian gelanggang.
  • Shusuke Fuji (Jepun: 不二 周助) juga pemain tenis Seigaku. Walaupun nampak macam pendiam dan ceria namun kehebatannya bermain tenis tidak boleh dipandang rendah. Teknik khususnya, Counter Quartet merupakan teknik yang berkesan apabila bola berpusing apabila dihantar, dan dihentikan pusingannya apabila dibalas raket pemain ini.
  • Eiji Kikumaru (Jepun: 菊丸 英二) pemain yang dikatakan mempunyai mata paling tajam dalam pasukannya. Dia terkenal dengan gerakan Kikumaru Beam yang mana bola dilambung dari kedudukan belakang badan ke pemain lawan.
  • Sadaharu Inui (Jepun: 乾 貞治) merupakan pemain yang bermain secara 'logikal' dalam cara bermain tenisnya yang tersendiri bergelar 'tenis data' yang mana dia mengumpul dan menganalisa data pemain lain untuk mengkaji kelemahan mereka. Dia juga berkebolehan menentukan secara tepat kebarangkalian shot bola tertentu berjaya dihasilkan.
  • Takeshi Momoshiro (Jepun: 桃城 武) seorang yang suka beramah mesra dengan orang lain dan suka dipanggil Abang Momo (bahasa Jepun: Momo-chan). Dia merupakan pemain tenis yang mengikut gaya baseliner yang aggresif. Dikenali dengan gerakan khas Bullet Serve, Dunk Smash, Jack Knife dan sebagainya.
  • Kaoru Kaido (Jepun: 海堂 薫) bergelar "Viper" kerana mukanya bagaikan ular, mulutnya sering menghasilkan desisan ular, dan terkenal dengan gerakan snake shot dan boomerang snake, serangan terus yang bergerak secara melengkung di udara.
  • Takashi Kawamura (Jepun: 河村 隆) seorang pemain tenis yang dikenali dengan teknik khusus Hadoukyuu yang berbahaya kepada penggunanya.

Pemain lain sunting

  • Masashi Arai (Jepun: 荒井 将史) adalah seorang ahli kelab tenis Seigaku yang garang dan sering membuli ahli-ahli junior. Dia barangkali dihukum menjadi seorang pemain biasa sahaja yang tidak giat dalam perlawanan tenis setelah terlibat dalam satu insiden berkaitan disiplin ahli kelab di awal cerita.
  • Satoshi Horio (Jepun: 堀尾 聡史) merupakan pelajar tahun pertama dan punca jenaka dalam siri ini yang kononnya banyak pengetahuan dalam tenis serta mengaku melalui "dua tahun pengalaman bermain tenis".
  • Kachiro Kato (Jepun: 加藤 勝郎) dan Katsuo Mizuno (Jepun: 水野 カツオ) juga pelajar tahun pertama yang berperanan sebagai penasihat Satoshi.

Watak sampingan sunting

  • Sumire Ryuzaki (Jepun: 竜崎 スミレ) merupakan seorang jurulatih kelab tenis Seigaku dan bekas jurulatih kepada ayah Ryoma.
  • Sakuno Ryuzaki (Jepun: 竜崎 桜乃) adalah cucu kepada Sumire yang seolah-olah "jatuh cinta" kepada Ryoma kerana kemahiran tenis Ryoma. Sakuno seorang gadis pemalu yang mula menceburi tenis setelah digalakkan oleh pertemuan dengan Ryoma dan menjadikan Ryoma sebagai contoh untuk berusaha keras mengasah bakatnya.
  • Tomoka Osakada (Jepun: 小坂田 朋香) pelajar tahun pertama yang merupakan rakan karib Sakuno dan juga presiden Kelab Peminat Ryoma Echizen. Dia merupakan tomboy yang cergas, bising, suka mendesak, suka menyorak pasukan Seigaku dengan sekuatnya dan suka berkelahi dengan Satoshi.
  • Nanjiro Echizen (Jepun: 越前 南次郎) adalah ayah kepada Ryoma dan bekas pemain tenis profesional yang sekarang menjadi seorang rahib. Turut dikenali dengan gelaran "Samurai".
  • Nanako Meino (Jepun: 菜々子) merupakan sepupu Ryoma yang tinggal bersama Ryoma dan bapanya.
  • Mamoru Inoue (Jepun: 井上 守) adalah wartawan majalah Tenis Bulanan yang mengikuti perkembangan pasukan Seigaku dan juga peminat Nanjiro Echizen.
  • Saori Shiba (Jepun: 芝 砂織) adalah jurugambar majalah Tenis Bulanan yang mengiringi Inoue dalam mengikuti perkembangan Seigaku.
  • An Tachibana (Jepun: 橘杏): Adik kepada kapten kelab tenis Fudomine, Kippei Tachibana yang turut menyokong pasukan tenis abangnya, namun juga bergaul dengan ahli pasukan Seigaku. Dia juga pemain tahun kedua dalam kelab tenis perempuan Fudomine.

Pasukan lawan sunting

Sekolah kawasan Tokyo sunting

  • Sekolah Menengah Rendah Fudomine (Jepun: 市立不動峰中学校)
    • Kippei Tachibana (橘 桔平) (kapten)
    • Akira Kamio (神尾 アキラ) (naib kapten)
    • Shinji Ibu (伊武 深司)
    • Tetsu Ishida (石田 鉄)
    • Masaya Sakurai
    • Tatsunori Mori
    • Kyousuke Uchimura
  • Sekolah Menengah Gyokurin
    • Tomoya Izumi
    • Kimiyoshi Fukawa
    • Nakano
    • Shimizu
    • Kageyama
    • Suzuki
    • Iguchi
  • Sekolah Menengah Kakkinoki
    • Kiichi Kuki (kapten)
    • Kase
    • Marazawa
    • Kifura
    • Taniishi
    • Aoki
    • Yamanashi
  • Sekolah Menengah Persendirian St. Rudolph (Jepun: 私立聖ルドルフ学院中学校)
    • Yoshirou Akazawa (赤沢 吉郎) (kapten)
    • Takuya Nomura (野村 拓也) (naib kapten)
    • Hajime Mizuki (観月 はじめ) (pengurus) — perwatakan serupa dengan Sadaharu Inui, namun kelihatan lebih gelap dan licik
    • Yuuta Fuji (不二 裕太) — adik kepada Shusuke Fuji.
    • Shinya Yanagisawa
    • Atsushi Kisarazu
    • Ichirou Kaneda
  • Sekolah Menengah Yamabuki (Jepun: 私立山吹中学校)
    • Kentarou Minami (南 健太郎) (kapten)
    • Kiyosumi Sengoku (千石 清純) (naib kapten) — dikenali dengan gelaran "Lucky Sengoku"
    • Taichi Dan (壇 太一) (pengurus) — usia sebaya dengan Ryoma
    • Jin Akutsu (阿久津 仁) — seorang pemain tenis yang berwatak bengis dan mengaku tidak minat dengan tenis; berkenalan dengan Takashi Kawamura
    • Masami Higashikata
    • Ichiuma Kita
    • Inakichi Nitobe
    • Touji Muromachi
    • Tsubasa Nishikiori
  • Sekolah Hyotei (Jepun: 私立氷帝学園中等部)
    • Keigo Atobe (跡部 景吾) (kapten)
    • Yuushi Oshitari
    • Ryou Shishido
    • Choutarou Ootori
    • Gakuto Mukahi
    • Jiroh Akutagawa
    • Wakashi Hiyoshi
    • Munehiro Kabaji
    • Haginosuke Taki
  • Sekolah Menengah Ginka
    • Michiru Fukushi (kapten)
    • Doumoto
    • Tashiro
    • Suzuki

Sekolah di tempat lain kawasan Kanto sunting

  • Sekolah Menengah Midoriyama (Jepun: 緑山中学校) (manga sahaja)
    • Yasuyuki Kiraku
    • Masato Takase
    • Wataru Kitamura
    • Takuma Minamoto
    • Itto Habu
    • Junpei Kongawa
    • Akane Tsuta
  • Sekolah Menengah Jyosei Shonan (Jepun: 城成湘南中学校) (anime sahaja)
    • Takahisa Kajimoto (kapten)
    • Reiji Shinjou
    • Hiroshi Wakato
    • Youhei Tanaka
    • Kouhei Tanaka
    • Shou Ota
    • Daichi Kiriyama
  • Sekolah Menengah Rokkaku (Jepun: 市立六角中学校)
    • Kentarou Aoi (kapten)
    • Saeki Kojirou (naib kapten)
    • Ryou Kisarazu
    • Hikaru "David" Amane
    • Harukaze Kurobane
    • Marehiko Itsuki
    • Satoshi Shudou
    • Ryou Kisarazu
  • Sekolah Menengah Persendirian Rikkai Daigaku Fuzoku (Jepun: 私立立海大附属中学校)
    • Seiichi Yukimura (Captain)
    • Genichirou Sanada (Vice/Substitute Captain)
    • Renji Yanagi
    • Akaya Kirihara
    • Masaharu Niou
    • Hiroshi Yagyuu
    • Bunta Marui
    • Jackal Kuwahara

Sekolah kawasan Kansai sunting

  • Makinofuji Gakuen
    • Hagi
    • Kadowaki

Sekolah kawasan Kyushu sunting

  • Sekolah Menengah Higa Middle School (Jepun: 比嘉中学校)
    • Eishirou Kite (kapten)
    • Yuujirou Kai
    • Hiroshi Chinen
    • Kei Tanishi
    • Rin Hirakoba
    • Shiranui
    • Aragaki

Sekolah dari bahagian lain Jepun sunting

  • Saint Icarus
    • Richard Sakata
  • Nagoya Seitoku
  • Tsubakikawa
    • Kotoha
  • Murigaoka

Templat:Endspoiler

Impak kepada Masyarakat sunting

Minat orang Jepun terhadap sukan tenis merosot akibat berkurangnya pemain tenis yang berkaliber, namun dengan munculnya siri manga/anime ini, sukan ini kembali menyengat. Adalah dipercayai bahawa lebih 30,000 orang yang dipengaruhi manga ini mula bermain tenis. Persatuan Tenis Jepun telah menerima watak utama Ryoma Echizen sebagai watak imej rasmi bagi persatuan tersebut.

Pautan Luar sunting