Pritam Singh

ahli politik Singapura

Pritam Khaira Singh (Punjabi: ਪ੍ਰੀਤਮ ਸਿੰਘ Prītama Sigha; lahir 2 Ogos 1976), J.D., ialah seorang peguam dan ahli politik Singapura. Beliau mewakili Parti Pekerja Singapura (WP) dan menjadi Anggota Parlimen (AP) untuk kawasan undi Aljunied sejak 7 Mei 2011.[1]


Pritam Singh

Ketua Pembangkang
Memegang jawatan
10 Julai 2020
Didahului olehLow Thia Khiang
Butiran peribadi
Lahir (1976-08-02) 2 Ogos 1976 (umur 47)
Singapura
Kerakyatan Singapura
Parti politikParti Pekerja Singapura
Anak-anak2 anak perempuan
Alma materUniversiti Nasional Singapura,
King's College London,
Universiti Pengurusan Singapura
PekerjaanPeguam

Kerjaya sunting

Pada tahun 2007, Pritam menubuhkan Opinion Asia, sebuah portal dalam talian yang memberikan komentar tentang isu-isu di Asia.

Semasa pilihan raya umum 2011, Pritam menjadi salah satu daripada lima anggota pasukan Parti Pekerja yang bertanding di GRC Aljunied. Pasukan itu terdiri daripada Setiausaha Agung parti, Low Thia Khiang, Sylvia Lim, Chen Show Mao dan Muhamad Faisal Manap. Pasukan ini bertemu dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Menteri George Yeo dan terdiri daripada Lim Hwee Hua, Cynthia Phua dan Zainul Abidin Rasheed. Parti Pekerja berjaya menewaskan PAP setelah berjaya meraih sebanyak 72,289 undi (54.7%) berbanding 59,829 undi (45.2%) oleh PAP.[2]Kemenangan Pritam dan pasukannya dikatakan bersejarah kerana menjadi kali pertama sebuah parti pembangkang berjaya memenangi sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan.

Pritam mewakili divisyen Eunos dalam GRC tersebut.[3]

Dalam parti pula, Pritam ialah Setiausaha Pengurusan dalam Badan Eksekutif WP.[4]

Pritam juga seorang ahli bersekutu dalam firma guaman Donaldson & Burkinshaw.[5]

Pendidikan sunting

Pritam menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Woodsville, Sekolah Rendah Belvedere, Sekolah Menengah St Thomas dan Maktab Rendah Jurong, sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Nasional Singapura di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 2000. Beliau memenangi hadiah Straits Steamship Prize setelah muncul sebagai mahasiswa terbaik dalam disiplin sejarah dan sains politik pada 1999. Beliau kemudian menerima biasiswa Chevening Scholarship[6] untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di King's College London dalam jurusan pengajian perang pada tahun 2004.[7] Pritam juga meraih Diploma dalam Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005.[8] Pada 2011, Pritam berjaya meraih ijazah guaman Juris Doctor di Universiti Pengurusan Singapura.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Mr Pritam Singh Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine, parliament.gov.sg, retrieved 6 April 2012.
  2. ^ Parliamentary General Election 2011: Aljunied GRC Diarkibkan 2012-03-30 di Wayback Machine, singapore-elections.com, retrieved 6 April 2012.
  3. ^ MP for Aljunied GRC, Eunos Division Diarkibkan 2012-04-06 di Wayback Machine, aljunied.wp.sg, retrieved 6 April 2012.
  4. ^ Executive Council Diarkibkan 2013-07-28 di Wayback Machine, wp.sg, retrieved 6 April 2012.
  5. ^ [1] Diarkibkan 2015-05-02 di Wayback Machine, Donaldson & Burkinshaw website, retrieved 3 February 2013.
  6. ^ 2011's Chevening Scholars, British High Commission Singapore website, retrieved 8 April 2012.
  7. ^ News from our alumni, kcl.ac.uk, retrieved 8 April 2012.
  8. ^ Pritam Singh Diarkibkan 2011-06-26 di Wayback Machine, wp.sg, retrieved 6 April 2012.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-04. Dicapai pada 2015-09-07.

Pautan luar sunting