Production I.G, Inc. (株式会社プロダクション・アイジー, Kabushiki-gaisha Purodakusyon Ai Jī) (JASDAQ: 3791) ialah sebuah studio animasi dan syarikat perusahaan penerbitan Jepun, yang ditubuhkan pada tanggal 15 Disember 1987 oleh Mitsuhisa Ishikawa bersama Takayuki Goto.[1] - kedua-dua nama keluarga mereka memberi nama kepada syarikat ini.

Production I.G
Studio anime
IndustriIndustri anime
GenrePelbagai
Ditubuhkan15 Disember 1987
PengasasMitsuhisa Ishikawa
Takayuki Goto
Ibu pejabatTokyo, Jepun
Tempat dibekalkan
Seluruh dunia
Perancang utama
Mitsuhisa Ishikawa (Pengasas/CEO dan Presiden terkini)
KeluaranAnime, Permainan video, Manga
Hasil¥ 10,000,000
Bilangan pekerja
126 (setakat November 2007)
PembahagianBee Train (1997 - 2006)
Xebec
Mag Garden Corporation
Laman sesawang(Inggeris) http://www.production-ig.com/
(Jepun) http://www.production-ig.co.jp/

Production I.G telah terbabit dalam beberapa penerbitan siri televisyen anime, OVA dan filem, babak animasi permainan video, reka cipta dan perkembangan permainan video, termasuklah penebitan serta pengurusan muzik.Production I.G terkenal dengan mutu animasinya yang tinggi; objektif utama I.G dalam aspek ini menurut presidennya Mitsuhisa Ishikawa adalah untuk mencipta siri-siri anime yang berdiri dengan sendirinya tanpa menjadi sebahagian daripada sambungan siri-siri manga.[2] Di antara karya-karya terkenalnya termasuklah siri-siri seperti Patlabor dan Ghost in the Shell.


SejarahSunting

Awalnya syarikat ini didirikan di bawah nama "IG Tatsunoko Limited" pada 1987 hasil pecahan dari Tatsunoko Production, pembuat Zillion melalui penerbitnya, Mitsuhisa Ishikawa, untuk menghalangi keluarnya karyawan-karyawan bermutu dari Tatsunoko.[3][4][5] Anggota-anggota Tatsunoko Production lainnya dipimpin oleh Takayuki Goto bergabung dengan Cabang Tatsunoko Ishikawa; Goto sendiri adalah pereka bentuk karakter Zillion. Kyoto Animation, salah satu studio yang turut menghasilkan bersama projek Zillion turut mendukung Ishikawa hingga kemudian "IG Tatsunoko Limited" didirikan pada 15 Dosember 1987. Pemilik pertama studio tersebut antara lain Ishikawa, Goto, Hideaki Hatta (Kyoto Animation), dan Tatsunoko Production.

Karya awal Production I.G yang paling dikenal adalah adaptasi anime sinematik panjang utama dari cerita Patlabor. Pada 1993, semasa berlangsungnya peringkat akhir produksi Patlabor 2 perusahaan tersebut mengakhiri hubungan kepemilikan dengan Tatsunoko Production yang memegang 20% saham I.G dan mengganti namanya menjadi "Production I.G" seperti saat ini pada September 1993. Dengan demikian, filem Patlabor 2 yang terbit bulam Ogos 1993 menjadi produksi terakhir menggunakan nama "IG Tatsunoko".

Anugerah diraihSunting

Tokyo Marble Chocolate dianugerahi Grand Prize dalam Kategori Film Utama pada Festival Kartun dan Animasi Internasional Seoul Ke-12 (SICAF 2008) yang diadakan di Seoul, Korea Selatan dari 21 hingga 25 Mei 2008. Dewan juri terdiri atas Giannalberto Bendazzi (seorang profesor sejarah animasi pada Universiti Milan di Itali), Noriko T. Wada (seorang produser Jepun), dan Kyung-jo Min (seorang sutradara Korea Selatan).

RujukanSunting

  1. ^ (Inggeris) http://www.productionig.com/contents/about_us/01_/index.html
  2. ^ (Inggeris) http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/company.php?id=337
  3. ^ "石川社長が20年を語る 「プロダクション I.G 創立20周年記念展」開催中" (dalam bahasa Jepang). mycom.co.jp. 28-12-2007. Dicapai pada 20-06-2008. Periksa date values in: |accessdate=, |date= (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ "第25回 株式会社プロダクション I.G代表取締役社長 石川光久-その2-悔しさから独立、フリーに" (dalam bahasa Jepang). CodeZine. 08-02-2008. Dicapai pada 20-06-2008. Periksa date values in: |accessdate=, |date= (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  5. ^ "Studio 2 Part 01: Kazuchika Kise and the birth of Studio 2" (dalam bahasa Inggris). Production I.G. Dicapai pada 20-06-2008. Periksa date values in: |accessdate= (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luarSunting