Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Program Alam Sekitar Pertubuhan PBB (UNEP) berperanan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti alam sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu dengan membantu negara-negara sedang membangun melaksanakan dasar-dasar kemapanan alam sekitar dan menggalakkan pembangunan mantap di dunia. Badan ini ditubuhkan selepas Persidangan Alam Manusia PBB pada 1972.
Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | UN Environment |
Pembentukan | 5 Jun 1972 |
Jenis | Program |
Status perundangan | Aktif |
Ibu pejabat | Nairobi ![]() |
Ketua | Inger Andersen sejak 2019 ![]() |
Organisasi induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Laman web rasmi | https://www.unenvironment.org/ |
UNEP telah mengadakan banyak konvensyen yang menggalakkan sains alam sekitar. UNEP juga bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan projek-projek berkaitan dengan alam sekitar. Program-programnya meliputi isu-isu seperti atmosfera, ekosistem dan sebagainya.
UNEP juga membantu dalam pemeteraian perjanjian-perjanjian antarabangsa yang mengharamkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan pencegahan pencemaran alam sekitar.
Misi: Memberi kepimpinan dan menggalakkan kerjasama dalam menjaga alam sekitar dengan menglihami, memberitahu dan membolehkan bangsa-bangsa dan penduduk-penduduk memperbaiki kualiti kehidupan mereka tanpa merumitkan kualiti kehidupan generasi masa depan.