Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan program prauniversiti yang diselaraskan oleh pihak KPM. Sebelum ini program matrikulasi di bawah seliaan universiti awam namun program matrikulasi tersebut ditukar kepada program asasi. Program matrikulasi KPM diwujudkan disebabkan kurang penyertaan kaum Bumiputera dalam mengambil mata pelajaran aliran sains pada peringkat tingkatan enam.

Pada tahun 2020, kemasukan ke program matrikulasi KPM dan Asasi Universiti Awam ialah 13,792 pelajar.

Sejarah Program Matrikulasi KPM sunting

  • 1998 - YB Dato' Sri Mohamad Najib bin Abdul Razak yang pada ketika itu Menteri Pendidikan Malaysia telah mencetuskan idea mewujudkan Program Matrikulasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyeragamkan semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh IPTA. Namun demikian, masih terdapat program Asasi Universiti Awam tetapi dengan sukatan sendiri berdasarkan institusi masing-masing.
  • 1998 - Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka. Pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi (penempatan sementara) kerana pada ketika itu Kolej Matrikulasi KPM belum siap dibina.
  • 1999 - dua kolej pertama KPM iaitu, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah membuat pengambilan pertamanya dalam Jurusan Sains dan Perakaunan. Tempoh pengajian selama 1 tahun 6 bulan dalam 3 semester.
  • 2000 - 3 buah kolej matrikulasi baru iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) dan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)
  • 2000 - Program Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST). Ini diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).
  • 2003 - Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini.
  • 2008 - Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera.
  • 2009 - Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal. Tiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ). Kini dikenali sebagai Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang dan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor.
  • 2013 - Pada tahun 2013, dua (2) buah lagi kolej baru telah dibuka iaitu Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dan Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw). Peningkatan jumlah permohonan dan pertambahan jumlah kolej matrikulasi KPM telah menyebabkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM mampu ditempatkan bagi mengikuti program ini. Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT. 15 buah kolej matrikulasi KPM yang beroperasi sepenuh masa pada tahun 2013 dan mengendalikan Program Matrikulasi.
  • 2017 - Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017. Hal ini disebabkan program matrikulasi KPM bukanlah sijil seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Diploma. Hal ini telah menyukarkan pelajar yang hanya belajar setakat matrikulasi dan tidak menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk mencari pekerjaan.

Syarat Kemasukan sunting

Syarat Am sunting

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  • Calon SPM tahun semasa

Syarat Khusus sunting

  • Jurusan Perakaunan Profesional
    • Bahasa Melayu gred C
    • Bahasa Inggeris gred A-
    • Matematik gred A
    • Sejarah lulus
    • Matematik Tambahan gred C
    • 3 mata pelajaran lain gred A


  • Jurusan Kejuruteraan
    • Bahasa Melayu gred C
    • Matematik gred B
    • Sejarah lulus
    • Kimia lulus
    • Fizik gred C
    • Matematik Tambahan gred C
    • 1 mata pelajaran lain gred C


  • Jurusan Sains
    • Bahasa Melayu gred C
    • Bahasa Inggeris gred C
    • Matematik gred B
    • Matematik Tambahan gred C
    • Kimia gred C
    • Fizik/Biologi gred C
    • Sejarah lulus


  • Jurusan Perakaunan
    • Bahasa Melayu gred C
    • Bahasa Inggeris gred C
    • Matematik gred C
    • Sejarah lulus
    • 3 mata pelajaran gred C

Mata pelajaran Program Matrikulasi KPM sunting

Jurusan Perakaunan Profesional sunting

  • Business and Technology
  • Management Accounting
  • Financial Accounting
  • Mathematics


Jurusan Kejuruteraan sunting

  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Electrical and Electronics Engineering


  • Kejuruteraan Awam
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Civil Engineering


  • Kejuruteraan Mekanikal
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Mechanical Engineering


  • Kejuruteraan Asas
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Basic Engineering


Jurusan Sains sunting

  • Sains Hayat
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Biology


  • Sains Fizikal
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Physics
    • Computer Science


  • Sains Komputer
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Biology
    • Computer Science


Jurusan Perakaunan sunting

  • Matematik
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan

Kolej Matrikulasi sunting

Terdapat 15 buah kolej matrikulasi yang beroperasi di Malaysia dan 2 kolej MARA yang menawarkan program matrikulasi KPM.

Kolej Matrikulasi Jurusan
Kolej Matrikulasi Perlis Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Kedah Sains dan Perakaunan
Kolej MARA Kulim Sains
Kolej MARA Kuala Nerang Perakaunan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kejuruteraan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Kelantan Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Perak Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Pahang Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kejuruteraan
Kolej Matrikulasi Selangor Perakaunan Profesional, Perakaunan dan Sains
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Melaka Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Johor Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kejuruteraan
Kolej Matrikulasi Labuan Sains dan Perakaunan
Kolej Matrikulasi Sarawak Sains