Program Nuklear India

Program nuklear India merujuk kepada pelbagai aktiviti meningkatkan tenaga nuklear di India untuk pelbagai tujuan termasuk persenjataan.

Kapal selam nuklear sunting

Pada 26 Julai 2009, kapal selam nuklear seberat 6,00 tan dilancarkan Perdana Menteri India Manmohan Singh di limbungan Markas Laut Timur di Visakhapatnam, Andhra Pradesh.

Kapal selam pertama buatan sendiri itu menggunakan kuasa nuklear dan sekaligus menjadikannya negara keenam di dunia memiliki kapal selam brkuasa nuklear. Kapal selam nuklear turut dimiliki oleh China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kapal selam itu dinamakan INS Arihant yang bermaksud pemusnah musuh. Kapal selam berkenaan dibina berdasarkan kapal selam nuklear kelas Charlie milik Rusia dengan kos AS$2.9 bilion (RM10 bilion) di bawah Program Kapal Berteknologi Maju India.

Saintis daripada Tentera Laut India dan Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan Pertahanan (DRDO) India bertugas secara rahsia bagi menjayakannya. Latihan selama dua tahun sebelum diberi tauliah penuh menjalankan tugasnya. Ia dilengkapi 12 peluru berpandu nuklear yang mampu menyerang sasaran sejauh 750 km.

India merancang menyewa kapal selam kelas Akula milik Rusia. Tentera laut India akan dilengkapi dengan kapal pembawa pesawat buatan Rusia dikenali sebagai Admiral Gorshkov.[1]

India perlu laraskan semula kesiapsiagaan keselamatan dan ketenteraan India di Lautan Hindi dan Laut Arab sejajar dengan persekitaran yang sudah berubah. Tentera Laut India perlu menjaga kelautan yang semakin mencabar.

Rujukan sunting