Metal progresif

(Dilencongkan dari Progresif metal)

Metal progresif ialah jenis muzik yang menggabungkan heavy metal dan rock progresif, iaitu gabungan keganasan kuat dan bunyi gitar yang dikuatkan dari heavy metal dan gubahan rock progresif yang bersifat percubaan, berakal atau seakan-akan muzik klasikal.[1] Jenis muzik ini biasanya memaparkan kemahiran teknikal yang sangat tinggi dari ahli muzik dan biasanya menggunakan harmoni luar biasa serta rentak rumit dengan perubahan kiraan kerap dan sinkopasi yang mendadak. Walaupun genre muzik ini muncul pada akhir 1980-an, hanya selepas 1990, barulah metal progresif mendapat kejayaan meluas. Queensryche, Dream Theater, Tool, Symphony X, Shadow Gallery, King's X dan Fates Warning merupakan beberapa contoh kugiran metal progresif yang berjaya dari segi jualan.

Opeth membuat persembahan secara langsung pada 30 Mei 2009

Rujukan sunting

  1. ^ "Progressive Metal Music Genre Overview - AllMusic". AllMusic.