Projek: Anchor SPM

Projek: Anchor SPM ialah sebuah siri drama televisyen persekolahan Malaysia 2021 arahan bersama Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf.[1][2] Siri drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan siri ini memulakan tayangan perdana sebagai sebuah drama televisyen Astro Originals di Astro Citra bermula 15 Mac 2021 sehingga 3 Mei 2021.[3][4][5]

Projek: Anchor SPM
Genre
PenciptaAnwari Ashraf
Ditulis oleh
  • Anwari Ashraf
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Ahmad Al Iqbal
  • Khor Tai Yieng
  • Danial Hakim
  • Amira Nasiruddin
  • Nadim Hisham
PengarahRazaisyam Rashid
Anwari Ashraf
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
  • Fatimah Ruzaimi
  • Luqman Sheikh Ghazali
Penyunting
  • Irwan Ahmad
  • Razaisyam Rashid
Lokasi
SinematografiZulkefi Zain
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, Pahang yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang berprestij. Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, ialah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM. Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir. Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

PelakonSunting

 
Daiyan Trisha sebagai Aaidaa.

EpisodSunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Selamat Pulang Ke STIA"15 Mac 2021 (2021-03-15)
Aizat ditangkap mencuri keluar dari sekolah. Pengetua Awang memaksanya dapat 8A pada peperiksaan percubaan SPM agar tidak dibuang. Aizat gelisah, namun nasibnya berubah apabila dia cuba meniru Aaidaa.
2"O Captain, My Captain"22 Mac 2021 (2021-03-22)
Aizat mengatur strategi untuk projek meniru dalam peperiksaan. Dia mengajak beberapa pelajar untuk turut terlibat. Aaidaa marah pada Aizat kerana strategi semakin tersebar. Adakah rahsia mereka terbongkar?
3"Hantu Locker"29 Mac 2021 (2021-03-29)
Aizat mencari Aaidaa di rumahnya untuk membincangkan Projek Anchor. Di situ, Aizat mula mengenali kisah silam pahit Aaidaa. Setelah berbincang, mereka berkomplot untuk mencuri kertas jawapan peperiksaan.
4"Ohana 9903"5 April 2021 (2021-04-05)
Pengetua Awang menjadi semakin berang, memikirkan siapa yang berani mencuri kertas peperiksaan percubaan. Hubungan Aaidaa dan Aizat semakin rapat dan membuatkan Hilmi dan Jaja rasa kurang senang.
5"Beban Dunia"12 April 2021 (2021-04-12)
Aaidaa mengikut Aizat pulang ke rumahnya dan mula mengenali latar belakang Aizat yang sebenar. Sementara itu, Pawang meminta Hilmi mendedahkan identiti pelajar yang mencuri kertas peperiksaan SPM.
6"Malam Sekapur Sireh"19 April 2021 (2021-04-19)
Majlis makan malam khas Tingkatan 5 menjadi tegang apabila Hilmi menunjukkan taringnya. Sementara itu, Pengetua Awang menemui sebuah rahsia Projek: Anchor yang bakal melingkupkan seluruh pelajar.
7"Sijil Pelajaran Malaysia"26 April 2021 (2021-04-26)
Peperiksaan SPM akhirnya telah tiba. Walaupun gelisah, para pelajar STIA yakin akan strategi rahsia mereka. Tapi adakah Hilmi akan setia pada kawan atau membelakangi tradisi sebagai seorang budak STIA?
8"Sentiasa"3 Mei 2021 (2021-05-03)
Adakah Aaidaa akan membongkar rahsia? Apakah kesudahan para pelajar STIA?

PenerbitanSunting

Projek: Anchor SPM diarahkan bersama oleh Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf dengan skrip dan pra-produksi yang telah mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.[2]

KontroversiSunting

Projek: Anchor SPM menjadi subjek kontroversi apabila ia dikatakan meniru filem Thailand, Bad Genius.[6][7] Pengarah dan penulis skripnya, Anwari Ashraf menafikan dakwaan memplagiat filem itu, sebaliknya dua naskhah berkenaan sangat berbeza.[8]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021 Siri Drama Terbaik Projek: Anchor SPM Tercalon [9][10]

SusulanSunting

Ditanya mengenai sambutan peminat terhadap Projek: Anchor SPM, pengarahnya, Razaisyam Rashid berkata: "Kalau ada rezeki, Astro bagi ruang. Tuhan pun beri lampu hijau, kita teruskan". Razaisyam berkata, secara jujur, beliau meletakkan sepenuhnya pada rezeki.[11] Pada Januari 2023, drama ikutan telah mula bersiaran– Projek: High Council, arahan Anwari Ashraf dengan Zulaikha Zakaria, berlatarkan kisah geng sekolah di sekolah berasrama penuh.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n "Projek Anchor SPM". My Infotaip. 3 Mei 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
  2. ^ a b "Gabungan dua pengarah muda dalam Projek Anchor SPM". Utusan Borneo. 14 Mac 2021. Dicapai pada 3 April 2021.
  3. ^ "This New Local Series Is Set To Bring Back All Kinds Of SPM Memories, Both Good And Bad". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). 3 Mac 2021. Dicapai pada 2 April 2021.
  4. ^ Dennis Chua (12 Mac 2021). "#Showbiz: A classroom caper in Camerons" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 15 September 2021.
  5. ^ "Ini 5 Sebab Kenapa Perlu Layan Projek: Anchor SPM, Genre 'Young Adult' Lain Dari Lain". Media Hiburan. 6 Mac 2021. Dicapai pada 15 September 2021.
  6. ^ "Projek: Anchor SPM bukan Bad Genius kerana..." Astro Awani. 3 Mac 2021. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  7. ^ "Projek: Anchor SPM tak klise!". Kosmo!. 25 April 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (9 Mac 2021). "Bukan drama plagiat". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2021.
  9. ^ "Astro menang 11 kategori bagi Malaysia dalam Anugerah Kreatif Akademi Asia 2021". Astro Awani. 1 Oktober 2021. Dicapai pada 1 Oktober 2021. Astro turut memenangi anugerah bagi kategori Siri Drama Terbaik menerusi Projek Anchor SPM di Astro Originals.
  10. ^ Noor Ain Norman (1 Oktober 2021). "Projek: Anchor SPM Kalahkan Move To Heaven, Raih Anugerah Siri Drama Terbaik Peringkat Asia". Remaja. Dicapai pada 1 Oktober 2021.
  11. ^ Hanafis Haris (4 Mei 2021). "Terima Sambutan Mengagumkan, Peminat Request Projek Anchor SPM Season 2? Ini Respon Pengarahnya!". Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2021.

Pautan luarSunting