Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 tidak dapat dipenuhi.Ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Kerajaan Selangor juga dibenarkan melaksanakan skim penstrukturan semula selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuatkuasa. Kerajaan Persekutuan terlibat menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air sahaja. Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air.Peguam Negara Malaysia menyemak dari segi undang-undang tanah dan Perlembagaan Persekutuan.

Krisis air di Selangor sunting

Kajian krisis air telah dibuat pada 1980-an dan mendapati Selangor kurang sumber air dan 50 % loji-loji sedia ada yang sudah lama. Ketika itu tidak ada lagi Putrajaya dan KLIA.Atas sebab itu, perlu lencongan bekalan air dari Pahang.Malah 129 buah kilang tidak dapat beroperasi ekoran tiada jaminan bekalan air oleh Syabas.[1]

Statistik rasmi Jabatan Perangkaan pada 2010, Selangor mempunyai penduduk seramai 5.4 juta, KL 1.6 juta dan Putrajaya 72,413 orang. Urbanisasi di Selangor pada kadar 91.4 %, sementara KL dan Putrajaya 100 %. Apabila Langat 2 siap, ia mampu merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri.

Pada 23 Julai 2012, air di 7 empangan di Selangor mencukupi dan tidak perlu catuan air menyeluruh. Pada April 2012, SSyabas mahu catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat .Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan memaklumkan Syabas menungguh kelulusan catuan air daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).[2]

Terdapat 32 Loji Rawatan air (LRA) di Selangor yang diuruskan oleh syarikat swasta Syabas.Keadaan air terawat di Selangor telah sampai tahap optimum dan lebih kapasiti, ada loji yang bekerja 24 jam dan dibimbangi akan berlaku masalah lain.Pada bulan tertentu, baki air tinggal 1.8 peratus sahaja. Sesetengah tempat dikategorikan sebagai kawasan merah seperti Balakong dan Cheras. [3]

Tarik tali sunting

Pada 8 Ogos 2010, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu meneruskan projek itu. Sementara kerajaan negeri Selangor , pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi kelulusan . Kerajaan negeri BN pada tahun 2000 telah bersetuju dengan projek Langat 2. Kerajaan negeri bimbang kenaikan tarif air 70 % jika Langat 2 diteruskan. Kos RM8.65 bilion [4] diperlukan bagi projek Langat 2. Soal kroni tidak timbul kerana tender terbuka akan dikeluarkan.

Pada 14 Julai 2012, Kerajaan negeri asyik menyalahkan syarikat konsesi Syabas kononnya tidak berkemampuan . Kerajaan negeri melenting apabila Syabas mahu membuat catuan apabila paras air terawat di kolam takungan (bukan empangan) kurang 20 %. Kerajaan negeri juga enggan mewartakan pelarasan tarif sebagaimana perjanjian konsesi. air mentah di tujuh empangan memang cukup.

Kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hanya sebagai operator pengagihan air di Selangor iaitu membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya. Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.[5][6] Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam syarikat konsesi Syabas menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad.[7]

34 buah Loji Rawatan Air di Selangor hanya menghasilkan 4,371 juta liter air terawat setiap hari. Sedangkan keperluan pengguna kira-kira 4,322 juta liter air sehari.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting