Projek sempena Paris 2024

Beberapa projek telah dilaksanakan sempena penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris, Perancis demi mewujudkan legasi yang positif kepada negara tersebut. Projek-projek ini meliputi bidang pendidikan, pembangunan sukan, sivik dan sebagainya. Sebuah dana tetap (endowment fund) telah diwujudkan untuk mengendalikan projek-projek legasi ini.[1]


Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi

Terre de Jeux 2024 sunting

Terre de Jeux 2024 (yang bermaksud Tanah Temasya Sukan 2024 dalam bahasa Perancis) merupakan satu inisiatif penganjur Paris 2024 untuk melibatkan seluruh negara Perancis dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024.[2] Pihak berkuasa tempatan dan wilayah serta struktur daripada pergerakan sukan (wilayah, jabatan, institusi awam antara majlis, bandar dan persatuan sukan) yang bergiat aktif dalam menggalakkan penglibatan sukan yang lebih inklusif dan mempromosikan Pergerakan Olimpik dalam kalangan penduduknya akan diberi pengiktirafan Terre de Jeux 2024.[3] Sejak dilancarkan pada Jun 2019, sebanyak 1,000 entiti di Perancis telah diberikan pengiktirafan tersebut.[4]

Apabila diberi label Terre de Jeux, kerajaan tempatan boleh mengakses peralatan dan maklumat Paris 2024, terutamanya hal berkaitan dengan program sukarela, larian obor dan jualan tiket.[5] Pihak tersebut boleh memanfaatkan publisiti Sukan Olimpik 2024 dan mempromosikan kawasan dan persatuan mereka, di samping memperoleh pelbagai peluang yang wujud semasa temasya sukan tersebut dianjurkan.[3] Inisiatif ini juga mewujudkan sebuah komuniti dan pihak yang terlibat boleh memperolehi pengalaman daripada komuniti tersebut, dan seterusnya mengembangkan bidang sukan di kawasannya.[6] Pengiktirafan ini juga membolehkan kerajaan tempatan tersebut untuk memohon sebagai Pusat Penyediaan Sukan (Games Preparation Centre) yang akan berperanan sebagai pusat latihan untuk atlet dari seluruh dunia.[7][8]

Kriteria sunting

Pihak berkuasa tempatan dan persatuan sukan yang diiktiraf perlu mengadakan projek yang dilancarkan oleh OCOG Paris 2024 dan mengambil inisiatif sendiri seperti:[2]

  • Sambutan dan upacara yang berkaitan dengan Sukan Olimpik (Hari Olimpik, kawasan menonton acara Olimpik dan sebagainya)
  • Program yang mempromosikan kebaikan bersukan (program pendidikan, kesihatan dan perangkuman sosial)
  • Menyokong atlet tempatan
  • Pelaburan dalam kemudahan sukan (memohon sebagai Pusat Penyediaan Sukan)
  • Program budaya (Olimpiad Budaya)

Pihak yang diiktiraf sunting

Kumpulan pihak yang diiktiraf yang pertama telah diumumkan pada November 2019.[9] Bilangan pihak yang diiktiraf terus meningkat sejak itu, dan kini kira-kira 1,000 entiti telah mendapat pengiktirafan tersebut. Selain daripada kerajaan tempatan yang berada dalam Perancis, kedutaan Perancis di luar negara juga boleh memohon dan mendapatkan label Terre de Jeux 2024.[10] Kedutaan Perancis di Jepun telah menjadi kedutaan yang pertama untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.[3]

Aktiviti yang dilaksanakan sunting

Sebuah forum dalam talian yang melibatkan semua komuniti Terre de Jeux 2024 telah diadakan pada Oktober 2020 untuk membincang tentang rancangan dan aktiviti masa depan.[11] Antara perkara yang dibincangkan termasuklah hal berkaitan dengan Olimpiad Budaya, maraton orang awam, program sukarelawan, larian obor dan sebagainya.[12][13] Lapan belas kawasan yang diiktiraf label Terre de Jeux 2024 juga menganjurkan Ping Tour 2021, sebuah program yang dilancarkan oleh Persatuan Ping Pong Perancis sejak tahun 2013 untuk mempromosikan sukan tersebut.[14]

Program #ExploreTerredeJeux2024 turut telah dilancarkan untuk mempromosikan laluan jogging, larian, mendaki, berkayak, berbasikal dan menunggang kuda di kawasan-kawasan yang diiktiraf.[15] Program tersebut juga bertujuan untuk mempromosikan keindahan pemandangan kawasan-kawasan tersebut.[16]

Program Generasi 2024 sunting

Program Generasi 2024 (Inggeris: Generation 2024, Perancis: Génération 2024) merupakan sebuah program pendidikan di Perancis yang dilancarkan oleh pihak penganjur Sukan Olimpik 2024 dan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kebangsaan Perancis sempena Sukan Olimpik 2024. [17] Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti pendidikan dan pelajar sekolah terlibat dalam aktiviti sukan, mempelajari sejarah sukan serta nilai-nilai yang didapati dalam sukan seperti saling menghormati dan penglibatan.[18] Pihak penganjur Paris 2024 juga menganugerahkan label Generasi 2024 kepada institusi pendidikan yang bergiat aktif dalam mempromosikan sukan dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.[19]

Kelab Paris 2024 sunting

Pada 26 Julai 2020, empat tahun sebelum Paris 2024 berlangsung, OCOG Paris 2024 telah melancarkan Kelab Paris 2024 (bahasa Perancis: Le Club de Paris 2024) untuk melibatkan semua rakyat Perancis dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024.[20] Setiap ahli kelab tersebut boleh menyertai pelbagai cabaran yang dikemukakan oleh pihak penganjur setiap bulan sehingga Paris 2024 dan berpeluang untuk memenangi pelbagai ganjaran seperti melibatkan diri dalam larian obor, menyertai acara maraton Olimpik pertama yang terbuka kepada orang awam, bertemu dengan atlet profesional, diberi keutamaan dalam pembelian tiket dan pemohonan sukarelawan dan sebagainya.[21] Pesertanya juga boleh mencadangkan idea dan pendapat mereka mengenai penganjuran temasya tersebut serta mendapat pralihat dan berita terkini yang eksklusif. Program ini turut menggalakkan pesertanya terlibat dalam aktiviti fizikal pada setiap hari.[22] Platform tersebut disokong oleh Alibaba Cloud.[23]

Aktiviti yang dilaksanakan sunting

Cabaran pertama yang diadakan di bawah program Kelab Paris 2024 ialah pertandingan bola keranjang 3x3 antara pemain bola keranjang Perancis, Tony Parker dengan 80 orang ahli Kelab Paris 2024 yang terpilih.[24] Cabaran lain seperti aktiviti olahraga Paralimpik, tarian breakdancing, renang, ping pong, tenis dan tenis kerusi roda juga telah diadakan pada tahun 2020 dan 2021.[25][26][27] Selain itu, Kelab Paris 2024 juga melancarkan cabaran "Larian Wira" (bahasa Inggeris: The Run of the Heroes) bagi mengutip derma untuk Persatuan Pembangunan Kerja Sosial bagi Jabatan Bomba Paris. Cabaran ini didedikasikan kepada ahli-ahli bomba yang membantu memadamkan kebakaran di Gereja Notre Dame.[28]

10 slot bagi acara maraton orang awam akan dianugerahkan kepada ahli-ahli Kelab Paris 2024 yang bertuah. Ahli-ahlinya perlu mendapat 1,000 mata dahulu untuk layak ke cabutan bertuah yang akan memilih sepuluh individu yang akan menyertai maraton tersebut.[29] Demi menggalakkan golongan wanita untuk menyertai maraton tersebut, sebanyak 100 ahli wanita Kelab Paris 2020 akan dipilih untuk menyertai acara itu dengan cara yang sama.[30]

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "FONDS DE DOTATION". paris2024.org (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 28 September 2021.
  2. ^ a b "Paris 2024 is set to introduce the “Land of the 2024 Games” certification, with the aim of involving the whole of France in the Olympic and Paralympic project" (Kenyataan akhbar). paris2024.org. 26 November 2018. Dicapai pada 11 Ogos 2021
  3. ^ a b c "THE TERRE DE JEUX 2024 LABEL, PROMOTING GAMES FOR THE WHOLE OF FRANCE" paris2024.org. Dicapai 11 Ogos 2021.
  4. ^ "Paris 2024 launches “Terre de Jeux 2024” label" IOC. 18 Jun 2019. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  5. ^ "Tony Estanguet launches the label “Terre de jeux 2024” to associate “all territories” with the Olympics" SpotyRide. Dicapai 15 Ogos 2021.
  6. ^ Role Models – Terre de Jeux 2024 Smart Cities & Sport. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  7. ^ "GAMES PREPARATION CENTRES: HOSTING TOMORROW’S CHAMPIONS" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  8. ^ "INVOLVING THE ENTIRE COUNTRY" paris2024.org. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  9. ^ "Terre de Jeux 2024 – A label to ensure Paris 2024 will be Games for the whole of France" IOC. 22 November 2019. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  10. ^ "Les ambassades de France dans l’aventure Terre de Jeux 2024" (dalam bahasa Perancis). Terre de Jeux 2024. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  11. ^ Iveson, Ali. Paris 2024 holds inaugural Terre de Jeux Forum Inside the Games. 25 Oktober 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2021
  12. ^ #PARIS 2024 – Retour sur le 1er forum Terre de Jeux 2024 (dalam bahasa Perancis) ESS. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  13. ^ « Terre de Jeux 2024 », un premier forum pour poser des jalons (dalam bahasa Perancis). Sport et le Tourisme. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  14. ^ Lancement du Ping Tour 2021 en partenariat avec la Fédération Française de Tennis de Table terredejeux.paris2024.org. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  15. ^ #Explore Terre de Jeux 2024 Saison 2 terredejeux.paris2024.org. Dicapai pada 15 Ogos 2021.
  16. ^ #EXPLORETERREDEJEUX2024 paris2024.org. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
  17. ^ GENERATION 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  18. ^ PROGRAMME GÉNÉRATION 2024 generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  19. ^ LABEL GÉNÉRATION 2024 generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  20. ^ "Paris 2024 Club launched to mark four years to go - Olympic News". International Olympic Committee (dalam bahasa Inggeris). 2021-07-15. Dicapai pada 2021-08-24.
  21. ^ "The Paris 2024 Club". ICMG (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-03. Dicapai pada 2021-08-24.
  22. ^ "Paris 2024 - The Games for everyone in France". Paris 2024 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-24.
  23. ^ Houston, Michael. Alibaba Cloud to provide digital support for Paris 2024 Club. 31 Julai 2020. Dicapai pada 2 September 2021.
  24. ^ "Club Paris 2024 launched with French sports stars to face public in challenges". www.insidethegames.biz. 2020-07-26. Dicapai pada 2021-08-24.
  25. ^ NOS PREMIERS SOUVENIRS Le Club Paris 2024. Dicapai pada 2 September 2021.
  26. ^ Le Club Paris 2024 - Challenges press.paris2024.org. Dicapai pada 2 September 2021.
  27. ^ Paris 2024 launches its Club to “play the Games” and challenge Parker, Manadou, Fourcade… The Limited Times. 22 Julai 2020. Dicapai pada 2 September 2021.
  28. ^ Gillen, Nancy. First event of "Paris 2024 Club" to be dedicated to Notre-Dame firefighters Inside the Games. 20 April 2019. Dicapai pada 2 September 2021.
  29. ^ Houston, Michael. Club Paris 2024 offer Olympics public marathon entry initiative to boost fitness Inside the Games. 14 November 2020. Dicapai pada 2 September 2021.
  30. ^ Houston, Michael. Club Paris 2024 offering 100 spots at mass-participation marathon just to women Inside the Games. 27 Mac 2021. Dicapai pada 2 September 2021.

Pautan Luar sunting